Tuesday, 21 August 2012

menghampiri jam 4 pagi

Kalaku menulis ini, aku sedari bahawa blog ini sudah terabai lama. Kalau sawang, habuk boleh wujud di Internet, blog kami ini seperti blog puaka yg tidak lg diguna pakai. Maka disini aku sekadar menulis sesuatu... Menulis tentang diriku, sekelilingku. Sekadar makluman, semalam pertama kali aku cuba membawa kereta auto. itu satu jenaka dan lawak kerana usai memperoleh lesen, maka aku tidak pernah lg memegang stereng kereta. Selepas beberapa bulan, gagahkan juga tgnku ntuk drive di u, tapi kereta kancil manual. Jgn tanya enjin brape kali mati, dan bagaimana gelabahnya aku drive kereta. Need a lot of practice, seriously. Dan, perkara ni buat aku bersalah. Patutnya aku takkan susahkan orang lain. Kalau aku boleh drive, daddy tak perlu minta tolong adik2nya yg lain ntuk drive kereta. Ayahku, ambil lg sebiji kereta, naza ria. Ntuk kemudahan adikku yg tidak boleh bergerak. Mujur ada paksuku, aku menemani dia memandu kereta hitam pada malam itu. Dan juga.. Seraya, aku kini seperti kurang berkomunikasi. Maksudku, bukan seperti aku yg dulu lg, boleh berborak apa saja. Masakan waktu ini aku seperti berat mulut.. Dan, ya.. Aku, tidak tau, jika mesej2ku semalam, telah kau balas. Aku, menanti.. Walaupun ya, mungkin telah kamu reply, tetapi slalu saja ada masalahnya. Kesian pada kamu, telah taip begitu panjang namun sayang aku tidak dpt perolehnya.. Adakah line begitu teruk, aku tidak tau juga.. Zzz