Rembulan Tenggelam Di Wajahmu Kami very very best friend forever!!! kenal since darjah 1 Harmoni...main kejar2 masa kecik2 budak sekolah rendah n pernah bercinta but kami decide it's not ok for the sake of Islam n our parents as we get matured. so if there's jodoh we will get married,insya Allah. no couple2 but Allah will give us the best in 10 years later because He knows better than everyone else. Anyway, pelajaran comes first.....
Thursday, 29 November 2012
"Lrt Nadi Perjalanan, Sebuah Pengembaraan"
aishiteru. ajeji takkan datang UM kalau ajeji tak sayang mia. tapi ajeji tak harap mia akan datang u ajeji, haha. jaga diri baik2, eh.
"Kenapa Cite Ni?"
dari pemikiran yang skeptikal tentang drama2 atau cite2 cinta melayu... selalunya bagi ajeji adalah nyata sgt2 bosan. sampai kate, "takde cite lain ke, balik2 cinta, balik2 cinta, aduh......"
tapi. 14 november lepas. menjengah ke wayang selepas sekian lama. bersama teman istimewa lah, sape lagi kalau bukan Mia. ok, dia pilih cite cinta. "well, let's give it a try then", ajeji berkata dalam kalbu. tapi, memang mood ajeji sangat baik haritu.
selepas tengok....:
jadi, ajeji boleh berdiri. angkat ibu jari keatas. smart one, menarik. buat ajeji terdiam tengok, hayati. tambah lagi scenery lawa kat istanbul, dan jalan cite tak cliche.
dan, bila ajeji tengok Beto Kusyairi dalam cite ni... macam ajeji tengah tgk diri sendiri. cuma satu yang ajeji tak boleh buat, bila babak dia halang lisa dari ikut mamat Tomok tu balik KL. itu, sikap yang berani dan very gentleman. ajeji tak mampu buat macam tu, aku tak berani.
ayat dia yang best: SAYA TAK MINTA PELUANG KEDUA AWAK, SAYA MINTA SEKALI JE.
tegas, berprinsip, dan kuat maksudnya.
dan ajeji berfikir... bahawa sememangnya ajeji sgtlah teruk. jangan tanya berapa kali ajeji minta peluang selepas kesalahan, dan kesalahan. tak malu. tak patut.
jadi, ajeji tak nak menyekat, menghalang lagi.
apapun, sempena serangan israel ke atas palestin, nah:
"Tentang Nama Azenith"
tak ada apa2 pun sebenarnya... sebenarnya gabungan antara a+zenith. maksud zenith (bi) atau zenit (bm... yang terbaik, dari yang terbaik. ya, anda dipilih sebagai antara yg terbaik pernah ada didunia ni, tak kisah dari segi apa2 pun. dihimpunkan segala yang terbaik, maka siapa diantara mereka yg terbaik? em... penukaran nama dari azri jadi azenith sebenarnya....
idea mengambil nama tambahan zenit ni datangnya dari satu watak dalam naruto ni:
dia. kazekage gaara. kaze= angin. kage= pemerintah. nak cite tentang dia ni mmg panjang, cuma nak katakan kelebihan dia adalah memanipulasikan pasir. dengan pasir, dia berjaya buat satu perlindungan kukuh ntuk lindungi negara dia sewaktu berlaku peperangan paling gila dalam sejarah anime Naruto. dia mendapat gelaran- pertahanan zenit.
Sunday, 25 November 2012
kenapa aku blur
ok, semalam mia dah tau kenapa mia always blur selama ni. Mia cuma suka amek tahu ilmu yang mia suka, minat tanpa menyedari kadang2 ada ilmu yang penting juga untuk diketahui untuk kebaikan itu juga. Ajeji suro aku janji untuk memahami banyak perkar tentang ilmu dunia ni. yup, it means that mia kena read a lot. tentang politik, isu semasa , sukan dan banyak lagi. juz imagine berapa pemain bola sepak atas padang ada 22 orang pun baru je tau. nampak sangat macam tak pena tengok bola. thanks to milo contest. penala juga. tau jerit bila gol dibolosi pihak lawan. Mazrina perlu berusaha untuk bertenang and no blur2 lagi. I;m a big girl already, not a kid anymore. so, start2 reading and gaining knowledge now,huhuhu.
Friday, 16 November 2012
cowi sanggoje
hari ni ajeji layan aku. sebabkan cite korea tersekat2 aku nak dia teman aku. serius aku tak tau kalau esok dia keje. let see wut will happen to him tomorrow.
Thursday, 15 November 2012
14 november 2012
Tarikh hari ni merupakan kali ke2 saya menonton wayang dengan ajeji. tajuk filemnya ' Istanbul Aku Datang" best sangat sebab Mia dapat jumpa Lisa Surihani!!! teringin nak jumpa dia in real life depan mata. memang Mia tunggu kehadiran Sofy or Garnier untuk bawa Lisa ke sini.Lagu2 dalam filem tu, kebanyakannya ajeji hafal. sebelum tu kitorang (mia,izatul , munirah n ajeji ) gi picnic kat ampang hilir. mia tersalah jalan pula. patutnya naik jambatan tapi mia gi wat u'turn lak, haha. bila nak gi galaxy, salah jalan lagi. masuk laluan khalifah institute. pastu keluar. nasib baik ada bertiga dalam kete tu, takla den cuak bangat. last2 kuar kat kawasan uma fana n muhaimin. pastu rasanya mia dah hafal sikit2 jalan citu kot.
Monday, 12 November 2012
azenith tu apa?
azenith tu apa? sampai hari ni aku tertanya2. baru2 ni menghadap komputer berjam2 lamanya sampai mata jadi sakit gila. seriously, I have to do something untuk kurangkan rabun. rabun ni dengar kata penyakit keturunan. betul ke???? kiranya aku waris dari ayahanda aku ke? aku try surah qaaf ayat 22 tapi kena beli 21 baby carrot. carrot is nice but if kena makan banyak2 dengan mentah je aku tak rasa aku mampu telan. 1-2 mungkin juga. but I will try. aku panggil azri sekarang ajeji. ntahla rasa nama tu comel kot. comey..........~~~ puing puing!!!~~ masih ingat lagi pertama kali aku pinjam sweater lelaki. masa kat library um. serius kot. sejuk gila boleh beku. kaki aku pena jadi biru sebab sejuk giler...... tapi kan masa tu aku terbayang korean love story. ha.... biasanya laki akan bagi sweater dia pada perempuan. macam winter sonata. oh banyak cakap. aku tak suka cakap banyak kecuali aku betul2 tengah happy @ semangat gila. k boboiboy.
Friday, 21 September 2012
Survival Untuk Siapa?
maka, pada tanggal 16 september yang lalu buat pertama kalinya aku menyambut Hari Malaysia dengan rasa penuh bermakna.melihat majoriti menggunakan tarikh ini tidak lebih dari sekadar cuti umum, aku menyambut dengan nila2 sejarah dan perjuangan.
ya, aku menyambut Hari Malaysia bersama-sama para mahasiswa yang lain. satu pengalaman yang baru ntuk turun berdemo bersama-sama mereka, dibawah anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). tujuan demo pada hari itu adalah tidak lain dan tidak bukan ntuk menyatakan BANTAHAN terhadap sebarang campur tangan mana2 pihak, KHUSUSNYA KERAJAAN dalam Pilihan Raya Kampus 2012. maka dengan ini dinamakan demo BERSIH KAMPUS yang menggariskan 6 tuntutan yang pada aku bila difikir dan dikaji secara mendalam, tiada apa2 yang salah mengenai tuntutan ini. aku bersama-sama Pro-Mahasiswa dan menentang Pro- Aspirasi. kerana apa? sejak dari sekolah lagi aku telah mengikuti perkembangan kampus2, apatah lagi soal pilihan raya. berlaku berat sebelah di mana Pro- Mahasiswa (sekarang ni namanya Penggerak Mahasiswa) sering mendapat 'bantuan'. aku maksudkan bantuan itu daripada government kerana memang Pro-Aspirasi adalah kaki ampu kerajaan. anda bodek, dan anda akan dapat apa yang anda mahukan. permainan ini tidak adil, maka tertubuhnya Pro-Mahasiswa ntuk menentang ideologi2 yang tidak betul. seringkali Pro-Mahasiswa dilabelkan sebagai pengikut parti2 pembangkang Malaysia, walhal jika difikirkan sedalam-dalamnya, Pro- Mahasiswa tidak perlukan pembangkang. mereka sudah cukup kuat ntuk menggalas amanah dan kepercayaan. lagipun situasi pilihanraya dalam kampus dan luar kampus adalah situasi yang berbeza. pada UMNO- BN, GELANGGANG KAMU ADALAH PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG, BUKAN MEROSAKKAN MAHASISWA2 MELALUI ASPIRASI DALAM PILIRAN RAYA KAMPUS. KAMU SEDANG BERMAIN DENGAN API, DAN LIHATLAH AKIBATNYA DALAM 10, 20 TAHUN AKAN DATANG. aku berasa jijik dengan pilihanraya di uitm sri iskandar- lecturer ku memberikan ugutan bahawa aku tidak akan dapat menduduki kediaman kolej pada sem depan sekiranya aku tidak mengundi. apa jenis punya ugutan tu? sedangkan calon2 pun haram aku nak kenal sorang2, maka apa pilihan terbaik yang dapat aku buat ntuk jaga kebajikan mahasiswa2 di u aku itu? di antara kamu aku tahu ada yang mengambil rasuah itu dan ini. bukti tidak selalu berada dihadapan mata, anda selalunya dapat buat satu keputusan yang bijak.
Monday, 17 September 2012
she's Adinda Mia
assalamualaikum. hai budak comel? wat pe tu? haha... hm.. azri jarang makan kinder bueno (balik2 beli bournville, bosan tul).. lepas ni tukar selera la sbb kinder bueno yg mia bg tu cedaaaapppp bangat!
termenung keluar jendela di bilik blok Teratai 1, menonton manusia si mahasiswa2..
aku sorang2.
aku bercinta bukan atas prinsip pakwe makwe.
aku bercinta kerana ingin hidup bersama, hingga aku tiada.
aku serius bila bercinta.
dan kini aku menikmati- cinta jarak jauh.
i love u, Mazrina Mazlan.
Saturday, 8 September 2012
pelanduk dua serupa???
Dengan.....
haha. hm... haritu budak2 fashion ada buat show. tu yg saja buat style shawl guna towel mandi ni.
Saturday, 1 September 2012
saya disini.
ni gambar saya selepas dinner Geomass (first time diadakan selepas setahun setengah tak buat dinner, sadisnya...) ikutkan hati memang malas aku nak follow benda2 ni (tapi part 1 buat lah cara part 1, benda wajib kena la ikut).. pernahke aku berlakon sebelum ni? seingat aku, rasanya tak pernah. sebab benda tu bukan sesuatu yang aku suka, walaupun aku seorang penggemar filem, penggemar mempelajari acting aktor2. keterlibatan aku menjadi sebahagian dari warga teater untuk SMKPJ saat form 5 dulu, itu pun cuma jadi belakang tabir dengan Aida. aku jaga cahaya lampu stage, Aida mainkan lagu. setakat itu..
haha. aku jadi ketua tentera jepun diambang merdeka. itu watakku... aku mengeluh (ahh, shit, damned 'tut'... bodo la classmate aku yg gatal petik nama aku ntuk buat persembahan depan lecture, part 5). tapi bila fikir2 semula... aku dengan jepun, haha. aku suka. jadi ketua tentera jepun, heh... ada juga standard aku ni, bukan calang2 watak (cewah, riak gila, hahaha!) not bad, cuma kwn2 perempuan takut dgn aku sbb aku suka menjerit. (kalau korang kenal aku kat skolah mcm mana, korang akan takut dgn aku).
Surveyor. aku memikirkan semula title tu. tak, bukan. aku tau, dalam hidup aku bukannya kejar title, nama, gelaran. cuma, aku mahu berdiri sebaris dengan mereka2 semua. advisor aku adalah prof yg sgt2 dihormati disini (uitm sri iskandar). beliau sgt baik, malah membantu aku mendapatkan pelepasan pulang kala Wafi sakit teruk waktu itu. dia menggunakan masa terluang dengan mengaji, aku yang mengintai dari luar pintu sgt sejuk hati. seorang tua yang berisi dgn ilmu, tutur katanya sopan. kerap menyertai jemaah solat tika masuk waktu solat fardhu di pusat islam. dan aku... disini, aku akui jarang menjejakkan kaki ke pusat islam. berbeza tatkala dirumah, surau Al- Hilal merupakan tempat tidurku (memudahkan aku ntuk bangun solat subuh). satu hari selepas penat yang teramat mengerjakan 3 SITE (thanks pada group member yang buat perangai, buat attitude mcm tu dan orang takkan suka pada kamu). aku melangkah ke pusat islam, zohor berjemaah disana. teringat bahawa itu pertama kali aku solat di saf depan ketika study disini. sebaris dgn prof2, polis2 bantuan (sejuk hati aku tengok polis solat, senyum pada student. sbb kat kl jangan harap, mcm haramjadah. peristiwa Bersih yang lepas membuatkan aku benci pada polis yang hanya menurut arahan orang atas. kamu sepatutnya melindungi kami, bersama-sama kami. dengan itu, masyarakat memandang tinggi profesion polis. polis kerja yang mulia, tolong jangan busukkan)
Disebelah kiriku yang memegang gayung (trofi kemenangan cabutan bertuah pada malam itu) namanya AlQassim. Orangnya baik (selalu tak cukup singgit, aku halalkan apa yg kau pinjam, takyah bayar). orang yong peng, johor (sejam lebih juga dari kampung). pandai math, gila2 mcm aku, dan... quite open minded bila bercakap. suka berkurung dalam bilik main game.
sebelah kanan adalah Farid, anak orang kaya dari Kelantan. Bapaknya ada stesen minyak sendiri (harta jgn cakap, betul2 orang kaya punya. kereta bmw m5, 3 series, Audi R8, Hummer. rumah, besau gilo. haha, dia anak tunggal, jangan tanya apa barang mahal yg dia takde). tapi yang bagusnya... dia ok, friendly. tak sombong, mesra dgn sesape je. aku hormat dan suka pada orang yang tak pilih bulu bila berkawan. ntuk pengetahuan kamu juga, aku dan dia berperanan sebagai AJK Publisiti (atau mencapap?). bahasa mudahnya, tangkap2 gambar dan media gitu. benar, aku punyai kamera namun aku hormat permintaan ayahku agar tidak membawanya kesini. jadi aku bermain dengan kamera anak orang kaya ni. so far... kawan2 laki aku disini ok semuanya, cuma sorang ni.... (mak ko memang suruh ko cari bini kat u ke, tak sabar dah nak awek?... kelakar aku tengok kau, desperate nak perempuan). kot ye pun, cover2 lah. bukannya tak boleh, cuma kau tu gelabah. apa kata kau belajar dengan aku bab2 ni, aku banyak ilmu nak dikongsi ni, haha (honestly, aku sebenarnya tak pandai bercinta. itu hakikat.)
mereka berdua didalam gambar ini adalah classmate saya yang gila2! Oppa Gangnam Style? bring it on dude.
Tuesday, 21 August 2012
menghampiri jam 4 pagi
Kalaku menulis ini, aku sedari bahawa blog ini sudah
terabai lama. Kalau sawang, habuk boleh wujud di
Internet, blog kami ini seperti blog puaka yg tidak lg
diguna pakai. Maka disini aku sekadar menulis sesuatu... Menulis tentang diriku, sekelilingku. Sekadar makluman,
semalam pertama kali aku cuba membawa kereta auto. itu satu jenaka dan lawak kerana usai memperoleh lesen, maka
aku tidak pernah lg memegang stereng kereta. Selepas beberapa bulan, gagahkan juga tgnku ntuk drive di u,
tapi kereta kancil manual. Jgn tanya enjin brape kali mati, dan bagaimana gelabahnya aku drive kereta.
Need a lot of practice, seriously. Dan, perkara ni buat aku bersalah. Patutnya aku takkan susahkan orang lain.
Kalau aku boleh drive, daddy tak perlu minta tolong adik2nya yg lain ntuk drive kereta. Ayahku, ambil lg
sebiji kereta, naza ria. Ntuk kemudahan adikku yg tidak boleh bergerak. Mujur ada paksuku, aku menemani dia
memandu kereta hitam pada malam itu. Dan juga.. Seraya, aku kini seperti kurang berkomunikasi. Maksudku, bukan
seperti aku yg dulu lg, boleh berborak apa saja. Masakan waktu ini aku seperti berat mulut.. Dan, ya.. Aku, tidak
tau, jika mesej2ku semalam, telah kau balas. Aku, menanti.. Walaupun ya, mungkin telah kamu reply, tetapi
slalu saja ada masalahnya. Kesian pada kamu, telah taip begitu panjang namun sayang aku tidak dpt perolehnya..
Adakah line begitu teruk, aku tidak tau juga.. Zzz
Monday, 11 June 2012
"dataran dugaan"
kerabat bongsu keluargaku
tidur yang panjang
atas katil ICU
oleh hasad dengki orang2
si dia
bergelumang konflik keluarga
yang tidak aku tahu bilakan berakhir
lama menanggung oleh dirinya
terlalu lama
kutujukan pada si adik
Aqil Haffiy Azlin
kuatkan semangatmu, jiwamu
moga sepenuhnya sembuh
pergi jauh bayangan
jelmaan kerabat iblis
PERGI JAUH!!!
kutujukan buat si dia
Mazrina Mazlan @ Mia
Aku kan tidak bosan mendengar resah
gundah gulanamu
sememangnya aku marahkan diri sendiri
karena tidak dapat membantumu
sayang, disebalik kekurangan yang ada ini
aku harap aku punya telinga dan hati
yang baik
agar mendengar keluhmu, tangismu
kamu pastinya bosan
kerana berulangkali nasihat yang sama kau terimakan
dari aku
aku
tidak tahu ayat apa yang harus diucapkan lagi
cuma ku sangat berharap
agar kau bisa tabah
agar kau bisa cekal
sabar
dan meneruskan pengajianmu di UM
dengan istiqamah
Kita di dataran dugaan
ketahuilah bahawa kita yang terpilih
dipilih
untuk disayangi
dirahmati
adikku Aqil Haffiy, aku sayang kamu.
Mia, Azri sayang Mia.
tidur yang panjang
atas katil ICU
oleh hasad dengki orang2
si dia
bergelumang konflik keluarga
yang tidak aku tahu bilakan berakhir
lama menanggung oleh dirinya
terlalu lama
kutujukan pada si adik
Aqil Haffiy Azlin
kuatkan semangatmu, jiwamu
moga sepenuhnya sembuh
pergi jauh bayangan
jelmaan kerabat iblis
PERGI JAUH!!!
kutujukan buat si dia
Mazrina Mazlan @ Mia
Aku kan tidak bosan mendengar resah
gundah gulanamu
sememangnya aku marahkan diri sendiri
karena tidak dapat membantumu
sayang, disebalik kekurangan yang ada ini
aku harap aku punya telinga dan hati
yang baik
agar mendengar keluhmu, tangismu
kamu pastinya bosan
kerana berulangkali nasihat yang sama kau terimakan
dari aku
aku
tidak tahu ayat apa yang harus diucapkan lagi
cuma ku sangat berharap
agar kau bisa tabah
agar kau bisa cekal
sabar
dan meneruskan pengajianmu di UM
dengan istiqamah
Kita di dataran dugaan
ketahuilah bahawa kita yang terpilih
dipilih
untuk disayangi
dirahmati
adikku Aqil Haffiy, aku sayang kamu.
Mia, Azri sayang Mia.
Monday, 21 May 2012
apa yang teringin sangat nak buat tapi cuma tinggal dalam 5 hari je....
- nak belajar jahit guna mesin... sebab aku jahit tak cantik senget bengot je
- nak buat cross stitch dah beli tapi tak tahu cane nak buat
- nak jahit guna kain felt dan kain flannel tuk jahit kat bantal n t-shirt
- teringin nak buat patch work quilt
- nak masak stik tapi bajet cam tak de je
- nak try masak roti
- nak try masak piza
seriously kalau buat tak sama macam beli...... walaupun buat buruk tapi puas hati.
walaupun terbalik dengan minat ibu sendiri but i love to learn all of this. as well as cupcake!!!
Monday, 14 May 2012
boikot yahudi.... tak mampu den tapi leh kurangkan
- hm...... boikot yahudi??? berapa ramai orang melayu Islam ni simpan stok maggie kat rumah??? angkat tangan. siapa yang tak pernah minum coca-cola??? siapa yang tak kenal kfc n mcdonald??? ha... ni baru sikit je pasal yahudi... banyak lagi. kadang2 jenama yang tak disangka2 pun yahudi juga... macam sabun palmolive (syarikat palmolive-colgate), oral-B, Loreal Paris, Garnier,Neutrogena dan banyak lagi... persoalannya adakah kita mampu boikot yahudi 100%???? jawapan saya TAK. tapi kita mampu kurangkan kebergantungan kepada barang mereka. walaupun cuma bertukar ubat gigi 1 je pun ok. macam Mia....
- Mia cuba kurangkan minum Milo kalau gi kedai... dulu siang malam pagi petang minum air milo.. tapi sekarang Mia mintala fresh oren, carrot susu, barli panas n sirap limau.
- dulu pakai kotex, tapi sekarang mula beralih pada laurier dan libresse. laurier dari jepun... libresse tak tau. harap2 dua2 bukan yahudi lah.... nak cuba sofy, sebab ada lisa,hehe.
- ubat gigi, dulu colgate, sekarang pakai ubat gigi mukmin sorang2 je...... yang ni takde florida. kenapa takde florida??? search ayat ni kat google eh.
- sekarang pun dah kurang makan koko krunch nestle tu.... tapi serius koko krunch paling sedap dalam banyak2 jenama.
- Handphone dah tukar dari Nokia ke Samsung... Samsung ni betul ke dari Korea???
- Hari tu kerja di Secret Recipe sebab itu bukan yahudi punya. Itu milik orang Malaysian Chinese. tapi dalam Tesco...huahua but better than pizza hut n kfc in that Tesco.
Saturday, 12 May 2012
syh.... cara berjimat dengan Mia!!!
- Beli barang dan tanya diri sendiri, ini keperluan, kehendak atau kemahuan??? maksudnya keperluan tu macam pencuci muka (Oxy). kehendak macam pencuci muka yang mahal sikit (Clinelle) tapi berkualiti dan kemahuan macam pencuci muka yang betul2 berjenama dan mahal (contohnya Derm Care) tapi memang berkualiti lah.
- Beli barang yang ada promotion je..... contoh macam Mia buat masa gi guardian dengan Azri hari tu (pertemuan tanpa disengajakan.) Mia beli Simple Hydrating Light Moisturizer yang biasanya berharga Rm 19.90 tapi less 30% hanya bernilai Rm13.93 sen je. jimatla dalam rm6.Pastu beli cotton tip (buy 1 free 1). Ada juga 1 barang yang Mia target nak beli, tapi saat Mia ternampak, perempuan cina lopek tu (yang juga target barang2 promosi) pegang pad tu rasa nak tarik je dari tangan dia macam dalam cerita Confessions of a Shopaholic oleh Rebecca Bloomwood.
- Gunakan voucher n koupon!! ha~~ idea ni Mia dapat dari cerita 'Extreme Couponing" kat channel 707. Mesti korang terkejut n teruja macam Mia. dari barang dibeli 600 US Dollar cuma bayar 6Us dollar. macam mana tu ek?? sampai hari ni pun Mia tak percaya. ada yang keluar dengan barang2 free sampai 3 troli..... so ape lagi?? turn on je tv tu.... cungkil the secret recipe (tempat Mia keje sehari dulu,haha).. voucher ni macam kat jj punya..... kalau boleh voucher rm10 belila barang harga rm12 ke... rugi kalau beli barang walaupun harga rm8.
- Jangan mudah tergoda dengan perkataan "sale" biasanya jj la tipu (now is known as Aeon) memanjang sale...... apa salahnya tulis je harga sebenar... ini harga rm30 letak tag kat baju2 buruk tu rm100 pastu diskaun 70%. sale tu bukan jualan murah, tapi jualan biasa2 je... abah Mia yang sedarkan Mia . Alah , dia tulis 'sale' tu maksudnya jualan je. this is called Misleading Advertisement. jj sale antara hari yang Mia n Mama taubat tak nak pergi lagi. nak tau nape??? sebab setelah bersesak2 seharian di jj rupa2nya keesokannya hari kami pergi sana rupa2nya diskaun yang tertera still ada. baik pergi hari keesokan harinya je. penat sesak2... bau busuk lak tu.
- Beli masa Year End Sale... (YES) nape??? memang peniaga nak habiskan stok2 lama n change to the new stock. contohnya Clinelle yang Mia beli kat Guardian (rm62.70) for normal price jadi (rm39.90) masa YES 2011. yang terbaru after 30% diskaun kat guardian hari tu (rm43.30) so which one is the cheapest??? Memang mahal. tapi Mia bagi la dia tahan lebih 6 bulan.... sampai sekarang banyak lagi. dah 6 bulan kan???
- Hari Sabtu bawa la beg plastik atau beg environment tu pun kalau ingatla coz Mia slalu lupe n terkena. sebab 1 plastik 20sen . senang2 takyah shopping on Saturday. Peniaga macam Tesco sokong hasrat kerajaan bukan sebab for the environment, but to save their cost. Mia sokong juga. tapi kalau beli ikan, ayam. bhan2 basah tak diberi plastik. menitik la air ikan..... serious bodoh. patut bagi beg eko tu free je.kerajaan ni buat dasar takde otak kadang2. barang2 berat nak angkat macam mana??? kalau troli tak le bawa sampai tempat letak parking macam mana orang yang nak angkut barang banyak2 tu???? nila, asyik debat politik, benda remeh temeh camni pun tak leh pk. kerajaan pembangkang sama2 bangang. asyik nak bolot kuasa n harta.
- Kalau keluarkan duit,pakai bank yang sama... macam mana tu??? haha.... Kalau ada bank CIMB, keluarkan kat CIMB. kalau keluar kat maybank kena charge rm1. Ini contoh je. tapi kalau menyusah nak pegi jauh2 baik jangan stick to this idea. rugi masa,tenaga n duit.
- Beli kat kedai yang nak lingkup....ha~~~ ni best. sebab Mia buat cara ni masa gi axis atrium. kedai dah tak laku baru nak jual murah2 before ditutup. diskaun banyak. ada yang sampai 70%. but don't forget to look at the quality k!!
- Beli tag "best buy" biasanya kat jj la ada benda ni.. yang ni maksudnya kira harga paling murahla..... dah sampai less gile. yang ni stok yang nak dihabiskan. t-shirt Mia dari jenama mahal cuma rm25 je.... hihi bijak2.....
- Try to beli barang2 yang reject stock... kat Watsons Alamanda Putrajaya ada..... barang2 nya ada yang kotak dah rosak, ada barang rosak sikit... tapi buatlah pilihan bijak... bandingkan dengan harga asal... tengok if ok... macam Mia, Mia beli coklat Kinder Bueno dengan diskaun 50%.... ok je makan. tak tarikh luput lagi time tu.
Tuakah Saya?
Hari dan hari, hari-hari
Bulan dan bulan, bulan-bulan
Tahun dan tahun, tahun-tahun
Kamu boleh menghalang deras air dengan membina halangan, empangan.
Namun tak ada daya bagi kamu untuk merintangi masa dengan sesuatu sekatan.
Terus menerus berlalu, terkadang rasa cepat
Terkadang rasa lambat
Mungkin penantian adalah suatu penyeksaan
Cewah, haha!
Azri Haziq Azlin dah 18 dah
Nak kahwin pun boleh dah
Selamat datang ke alam dewasa
Harapnya makin matang sepadan dengan usia
Lelaki yang baik untuk mereka yang menyayangi
Dan mereka yang dia sayangi
Setidak-tidaknya
Jangan lupakan seorang lagi
Dia juga 18 waktu ni
Saja melangkau masa seawal 5 bulan
Harapnya comel dan terus comel
Dan comel secomel-comelnya
Mia alias Mazrina Mazlan
Happy birthday to you too honey
Perhiasan tercantik, berharga di dunia
Adalah solehah para wanita muslimat
Ya Rabb empunya semesta
Letakkan kami bawah naunganMu
Bawah penguasaan lindunganMu
Bawah rahmatMu
Berkati hidup kami
Ampuni khilaf2 kecil, besar kami
Bimbing kami menjadi hambaMu
Yang takutkan murkaMu
Yang dambakan syurgaMu
Kayakan kami dengan rezeki yang halal
Yang berkat
Yang membawa kami menjadi manusia yang bersyukur atas kurniaanMu
Yang jauhkan kami dari takbur, angkuh, sombong
DenganMu
Pelihara kami
Keluarga kami
Sahabat2 kami
Guru2 kami
Masyarakat sekeliling kami
Pemimpin2 kami
Dan khususnya umat Islam
Yang bertebaran merata dunia
Jangan matikan akan Kau
Iman dalam diri kami
Tiada tuhan selain Allah
Muhammad pesuruh Allah
Bulan dan bulan, bulan-bulan
Tahun dan tahun, tahun-tahun
Kamu boleh menghalang deras air dengan membina halangan, empangan.
Namun tak ada daya bagi kamu untuk merintangi masa dengan sesuatu sekatan.
Terus menerus berlalu, terkadang rasa cepat
Terkadang rasa lambat
Mungkin penantian adalah suatu penyeksaan
Cewah, haha!
Azri Haziq Azlin dah 18 dah
Nak kahwin pun boleh dah
Selamat datang ke alam dewasa
Harapnya makin matang sepadan dengan usia
Lelaki yang baik untuk mereka yang menyayangi
Dan mereka yang dia sayangi
Setidak-tidaknya
Jangan lupakan seorang lagi
Dia juga 18 waktu ni
Saja melangkau masa seawal 5 bulan
Harapnya comel dan terus comel
Dan comel secomel-comelnya
Mia alias Mazrina Mazlan
Happy birthday to you too honey
Perhiasan tercantik, berharga di dunia
Adalah solehah para wanita muslimat
Ya Rabb empunya semesta
Letakkan kami bawah naunganMu
Bawah penguasaan lindunganMu
Bawah rahmatMu
Berkati hidup kami
Ampuni khilaf2 kecil, besar kami
Bimbing kami menjadi hambaMu
Yang takutkan murkaMu
Yang dambakan syurgaMu
Kayakan kami dengan rezeki yang halal
Yang berkat
Yang membawa kami menjadi manusia yang bersyukur atas kurniaanMu
Yang jauhkan kami dari takbur, angkuh, sombong
DenganMu
Pelihara kami
Keluarga kami
Sahabat2 kami
Guru2 kami
Masyarakat sekeliling kami
Pemimpin2 kami
Dan khususnya umat Islam
Yang bertebaran merata dunia
Jangan matikan akan Kau
Iman dalam diri kami
Tiada tuhan selain Allah
Muhammad pesuruh Allah
Friday, 11 May 2012
"Sonata Perjalanan Saat, Untuk Yang Bercinta"
Waktukan terus memecut
Limitasi laju tiada
Bergerak semua menyoroti saat2 yang melewati
Meninggalkan
Sayonara kepada yang terlambat
Memang begitu dunia
Sayang
Akukan cuba melawan arus deras masa
Meski alirannya kuat
Ku pastikan kukan mengikuti setia waktu
Sekalipun bukanlah aku yang terkedepan
Lebih baik dari terlambat dibelakang
Sayang
Mahligai dan kolam ikan, air pancut
taman hijau mini
Disneyland, Eropah
Objektif bernama impian
Makkah, Madinah
Indonesia, Jepun
Kembara merentas peta global
Aku mahu kesana
Mahukah kamu menemani aku?
Sayang
Bahawasanya gembira itu tak terungkap
oleh baris2 aksara kata
Bahawasanya juga aku bukan si pemahir puitis kata
Adakah kamu hayati teliti
Mazrina Mazlan kemas dalam hati aku?
Sayang
Jangan bersedih
Kalau kamu berkeras mengalirkan air di pipi
Tertewas juga egois diriku ini
Tak mengapa
Barangkali kesedaran itu akhirnya datang
Robot tidak bercinta
Kerana aku manusia berperasaan
Dan perasaanku padamu
Sayang
Ikatan couple tidak utuh
Moga kita tidak ulang khilaf dahulu
Kerana ikatan kali ini lebih kuat
Aku cinta kau, kau cinta aku
Sudah kuat tanpa konteks couple
Moga hubungan ini sukses gemilang
Kerana ku ingin bawanya ke rencana paling besar
Menikahimu
Sayang
Aku mahu memegang tangan lembutmu
Memelukmu senantiasa dalam saat masih ada nafas
Menyentuh pipi mulusmu
Apakan lagi bermain dengan rambutmu
Secara halal wahai dindaku
Bina keluarga bahagia, menuju syurga dunia akhirat
Apa yang tidak kau kecapi tika ini
Aku harap aku boleh tunaikan, walau tak semua
Bersabarlah, Mia
Tidak jauh Uitm Seri Iskandar denagn UM
Fotomu di dalam wallet, komputer riba
Azri ada
Usah risau
Doktor Mia
Sayang
Moga Mia sekali lagi
terima mawar merah
Kerana Azri tak mahu berikan pada orang lain
Selain Mia.
Limitasi laju tiada
Bergerak semua menyoroti saat2 yang melewati
Meninggalkan
Sayonara kepada yang terlambat
Memang begitu dunia
Sayang
Akukan cuba melawan arus deras masa
Meski alirannya kuat
Ku pastikan kukan mengikuti setia waktu
Sekalipun bukanlah aku yang terkedepan
Lebih baik dari terlambat dibelakang
Sayang
Mahligai dan kolam ikan, air pancut
taman hijau mini
Disneyland, Eropah
Objektif bernama impian
Makkah, Madinah
Indonesia, Jepun
Kembara merentas peta global
Aku mahu kesana
Mahukah kamu menemani aku?
Sayang
Bahawasanya gembira itu tak terungkap
oleh baris2 aksara kata
Bahawasanya juga aku bukan si pemahir puitis kata
Adakah kamu hayati teliti
Mazrina Mazlan kemas dalam hati aku?
Sayang
Jangan bersedih
Kalau kamu berkeras mengalirkan air di pipi
Tertewas juga egois diriku ini
Tak mengapa
Barangkali kesedaran itu akhirnya datang
Robot tidak bercinta
Kerana aku manusia berperasaan
Dan perasaanku padamu
Sayang
Ikatan couple tidak utuh
Moga kita tidak ulang khilaf dahulu
Kerana ikatan kali ini lebih kuat
Aku cinta kau, kau cinta aku
Sudah kuat tanpa konteks couple
Moga hubungan ini sukses gemilang
Kerana ku ingin bawanya ke rencana paling besar
Menikahimu
Sayang
Aku mahu memegang tangan lembutmu
Memelukmu senantiasa dalam saat masih ada nafas
Menyentuh pipi mulusmu
Apakan lagi bermain dengan rambutmu
Secara halal wahai dindaku
Bina keluarga bahagia, menuju syurga dunia akhirat
Apa yang tidak kau kecapi tika ini
Aku harap aku boleh tunaikan, walau tak semua
Bersabarlah, Mia
Tidak jauh Uitm Seri Iskandar denagn UM
Fotomu di dalam wallet, komputer riba
Azri ada
Usah risau
Doktor Mia
Sayang
Moga Mia sekali lagi
terima mawar merah
Kerana Azri tak mahu berikan pada orang lain
Selain Mia.
"Thanks Guys, Malaysia need People Like You"
Aku penggemar Youtube, sangat2 suka tengok video.
Sesetengah orang salah faham, politik memanjang
Maka selalulah aku menonton ceramah2 Anwar Ibrahim?
Actually, honestly (cewah, BI, haha!)
Jarang aku tengok ceramah2 dia
Apakan lagi ceramah2 yang lain
Takdelah, ada masa tengoklah sikit2
Belajar pidato dengan full confident
Cakap berapi-api, penuh aura dan semangat
Politikus, apa nak heran, haha
Tapi lebih baik dari Najib Razak Altantuya
Layak lagi Rosmah jadi PM, muahahaha!
Dan, Mahathir, pui, pui...
Ah, malas nak cakap banyak politik ni
Stop, stop it.
Kadang2 politik ni mengarut, buat tambah kelemumur kat kepala aku je.
Ini adalah 3 orang anak muda, mahasiswa2 hensem Malaya
Platform mereka adalah Youtube
Coz they're Youtubers (video makers)
Selebriti Melayu Youtube
3-3 orang ini juga orang Utara
Bangga dengan pekat loghat negeri asal
2 di perantauan
1 ada di sini (tanah air)
Berkenalan dengan jejaka2 idaman Malaya yang kachak ni:
- Dua2 belajar di Aussie (Australia)
- Anwar Hadi nak jadi cikgu BI, Matluthfi tak ingat...
- Dua2 ada kreativiti tersendiri, yakni buat video yang berguna untuk tatapan rakyat Malaysia.
- Mengulas isu2 semasa dengan fikiran yang bernas
- Dua2 merupakan lelaki humor, ciri yang mendapat tempat di hati para wanita
- Video ringkas, funny, tapi mesej tetap ada
- Dua2 inspirasi saya. (untuk melihat dunia luar, merantau)
- Dan, dan, dan... Dua2 cool.
- Smart, hensem typical malay guy.
Yang kat bawah ni, kejenya adalah mem'parody'kan sesuatu perkara atau isu.
Huru hara, kegilaan tahap pecah otak,
Serius seronok tengok video2 yang dia buat
Jadi penghargaan kepada:
- Student kat Uitm Lendu Melaka (tak tau course apa)
- Asal Kuala Nerang, Kedah
- Macam brother 2 orang diatas (hensem + comey)
- Idea2 dia ni gila2 (kadang2 orang geli + tak suka nak tengok, tapi best!!!)
- Memang kreatif bila buat video atas nama Kyopropaganda
- Brother kaki parkour
--- Barulah bangga bila sebut tentang Melayu. Memang Melayu itu istimewa, karena tiap2 kaum juga punya kelebihan, kelemahan. Namun ada sesuatu yang boleh dibanggakan oleh mana2 bangsa, kejayaan.
-- Aku nak t-shirt ada tulis perkataan IniAnwarHadi, Matluthfi90 dan Kyopropaganda
-- Dan... Nak tangkap gambar dengan diorang.
Az.. Ha...
Sesetengah orang salah faham, politik memanjang
Maka selalulah aku menonton ceramah2 Anwar Ibrahim?
Actually, honestly (cewah, BI, haha!)
Jarang aku tengok ceramah2 dia
Apakan lagi ceramah2 yang lain
Takdelah, ada masa tengoklah sikit2
Belajar pidato dengan full confident
Cakap berapi-api, penuh aura dan semangat
Politikus, apa nak heran, haha
Tapi lebih baik dari Najib Razak Altantuya
Layak lagi Rosmah jadi PM, muahahaha!
Dan, Mahathir, pui, pui...
Ah, malas nak cakap banyak politik ni
Stop, stop it.
Kadang2 politik ni mengarut, buat tambah kelemumur kat kepala aku je.
Ini adalah 3 orang anak muda, mahasiswa2 hensem Malaya
Platform mereka adalah Youtube
Coz they're Youtubers (video makers)
Selebriti Melayu Youtube
3-3 orang ini juga orang Utara
Bangga dengan pekat loghat negeri asal
2 di perantauan
1 ada di sini (tanah air)
Berkenalan dengan jejaka2 idaman Malaya yang kachak ni:
Ini Anwar Hadi
Matluthfi 90
- Anwar Hadi nak jadi cikgu BI, Matluthfi tak ingat...
- Dua2 ada kreativiti tersendiri, yakni buat video yang berguna untuk tatapan rakyat Malaysia.
- Mengulas isu2 semasa dengan fikiran yang bernas
- Dua2 merupakan lelaki humor, ciri yang mendapat tempat di hati para wanita
- Video ringkas, funny, tapi mesej tetap ada
- Dua2 inspirasi saya. (untuk melihat dunia luar, merantau)
- Dan, dan, dan... Dua2 cool.
- Smart, hensem typical malay guy.
Yang kat bawah ni, kejenya adalah mem'parody'kan sesuatu perkara atau isu.
Huru hara, kegilaan tahap pecah otak,
Serius seronok tengok video2 yang dia buat
Jadi penghargaan kepada:
Nabil Ifwat (Pengasas KYO Propaganda)
- Asal Kuala Nerang, Kedah
- Macam brother 2 orang diatas (hensem + comey)
- Idea2 dia ni gila2 (kadang2 orang geli + tak suka nak tengok, tapi best!!!)
- Memang kreatif bila buat video atas nama Kyopropaganda
- Brother kaki parkour
--- Barulah bangga bila sebut tentang Melayu. Memang Melayu itu istimewa, karena tiap2 kaum juga punya kelebihan, kelemahan. Namun ada sesuatu yang boleh dibanggakan oleh mana2 bangsa, kejayaan.
-- Aku nak t-shirt ada tulis perkataan IniAnwarHadi, Matluthfi90 dan Kyopropaganda
-- Dan... Nak tangkap gambar dengan diorang.
Az.. Ha...
Thursday, 10 May 2012
soalan mara 2012????
hem, I want to cry coz it's tough..... very2 tough coz you compete with all the straight A's students. the question??? about hot air balloon going to fall down n you have to choose who's gonna be out. n whose gonna be in. you can choose anyone you like, but please do not choose rozita che' wan n khairul fahmi coz you don't have the thing to back you up. I chose to be the prime minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, everyone attack me coz there is vice pm. but I say that I am the most important person in the country. I admit my english is not very good. I have no english vocabulary but alhamdulillah this time my target for the question that maybe come out comes alive.. but.. I don't think they would choose me. but I'm praying to Allah there's a chance for me to go to UK. InsyaAllah. I'm very sad right now. feels like I want to cry all over the night.
Sunday, 6 May 2012
I Trust You
Gentleman dan lelaki yang paling glamour dikalangan budak2 perempuan member aku.
Sebab dia baik. I'm not lying you, ask the girls.
Takde masalah, rekod bersih. Study ok.
Kaki game belajar simple, tapi boleh go. 9A 1B brother, pandailah tu.
Member2, cikgu2, orang lain takde masalah dengan dia.
Sebab dia menyenangkan.
Ya, jejaka cool.
Bahasa komunikasi "saya awak, saya kamu", bukan "aku kau"
Ada yang kata dia cute, bolehlah.
Hensem? bolehlah.
Nice guy? Sure.
Laksana Lee Min Ho berada depan bola mata girls
Dan mereka berkata, "aaaaaaaaaaaaaaarrrrrhhhh, Syahmi3!!"
Whole package ada pada budak ni.
Terkadang rasa cemburu itu ada.
Normal bila berjumpa sesuatu, seseorang
yang lebih baik dari apa yang kita ada
Nah... Aku surrender bab cool.
Surrender bab nice, smart guy.
Surrender bab gentleman, romantic.
Banyak lagi yang aku angkat bendera putih
Kalau compare dengan mamat ni.
She's yours.
Rasanya aku dah hilang member baik.
Ya, aku rasa dah hilang.
Jadi
Dia, sekadar kawan biasa. Ya, kini.
Jadi
Tinggal seorang
Dia pemilik blog ni.
Muhammad Syahmi Bin Mohamad Halil
Belajar, kerja
DAN CEPAT KAHWIN!!
Pesanan ringkas dari member kau yang teruk ni.
Ustaz Azhar Idrus pernah berkata
Bercinta biar ada angan
Bersama sampai mati.
Aku boleh percaya pada mamat ni.
Jaga dia baik2
Kau dah janji depan aku waktu habis sekolah
Sebelum SPM haritu.
Go.
Aku hela nafas panjang.
Air hangat mengalir dalam hati terdalam.
Kehilangan itu ada bagi tiap pertemuan
Diconteng oleh: AZ.. HA...
Thursday, 3 May 2012
AZ.. HA... - FOTO?
Aku punyai lensa
Merakam kejadian sekeliling
Manusia, haiwan, tumbuhan
Malahan dunia
Apa saja yang dilakukan
Perlu ada batasan agama
Karena kamu tidak akan dapat nafi
Pedoman hidup puncanya agama
Sama juga dengan hal menangkap gambar
Tapi aku punyai ketegasan
Foto2 yang diambil
Boleh dimuat naik ke alam maya
BERSYARAT
Hanya aku benarkan foto yang aurat tertutup rapi
Agar ia tidak menyusahkan aku dan kamu kelak
Satu ketika di alam bernama AKHIRAT
Foto2 yang dimuat naik ke internet
Tiada jaminan ia senang dilupuskan
Seandainya kamu mahu membuang ia
Akan kekal dan kekal, terus kekal
Malahan tentu kamu menanggung dosa
Kerana foto2 sendiri
Terlihat seantero alam, detik saat minit yang tidak mati
Buat jejaka dan cewek2
Juga peringatan bagi aku
Ayuh dari saat kamu membaca ini
Lakukan reformasi
Yang sudah itu sudah, jangan diulang
Bukan soal hipokrit
Malahan tentang cara bagaimana kamu mampu
Menjadi penyelamat kepada diri
Foto yang terlihat sebahagian aurat
SILA BUANG
Atau, ya
Memang dalam memori lensaku
Ada gambar kalian yang menampakkan apa yang haram
Namun atas budi bicara, aku memberi pilihan
Kalau masih mahu gambar itu dimuat naik
Aku sudah memberi nasihat
Akan dosa yang berterusan
Terlepas aku dari tanggungjawab
Terpulang, aku turutkan saja
Selebihnya terserah pada kalian
Menjadi tontonan di FB2, Twitter, mana2 saja.
Wassallam.
2 may 2012, I will never forget!!!
tarikh ni adalah macam the first date of my real dating.... with AZ.... HA..... Mia dapat beli banyak buku kat PWTC. pastu makan di kedai "the~ chicken rice shop....~~~ bukan sekadar nasi ayam,.... kokoko!!! sedap, tapi tak nafikan mahal... sorang bajet dalam rm12++ la. dia tak pandai order so bila gi fast food camni saya kena tolong orderkan. still teringat mula2 gi KFC dulu... saya just sit kat meja, pastu tibe2 die kol "macam mana nak order?' serius kelakar gila,hahaha....ok la sebab dia pula boleh gak jalan2 kat kl ni... tapi Mia tak, tak boleh hafal jalan n asyik sesat... best nye kat PWTC boleh beli PTS publisher dengan diskaun 25% dengan adanya kad pusat sumber sekolah lama... yay!!!~~~ apepun, AZ Ha paling untung...die banyak beli. best gak akhirnya dapat beli buku english bundle..... lama tapi orang tak pernah baca lagi pasal stok tak habis punya....rm10 je satu... nak start baca novel Bidadari2 Syurga... dah lama nak baca novel Tere-Liye ni... mula2 hafalan solat delisa (dah tonton filemnye sekali) then Moga bonda disayang Allah (yang ni pasal seorang budak cacat penglihatan, pendengaran) kisahnya macam sebuah cerita hindustan lakonan amitabh bachan (guru) n Rani Mukherjee (watak utama) berdasarkan kisah benar yang dilakonkan semula.....
Ilmu
Aku kan memanaskan bangku khas.
Untuk pelajar dalam kelas, kuliah.
Perjuangan mengejar ilmu.
Ilmu demi ilmu, seterusnya.
Menjadi diri yang berguna.
Pada aku, mereka, mungkin global.
Nikmat syahid tika menimba lautan ilmu.
Aku mahukan itu.
Di atas, homework subjek Fizik.
Dan ini senseinya. Dia hebat.
Dari aku tingkatan 4, sampailah 5.
Ada rahsia antara aku dan dia.
Juga ingat nasihat dia pada aku.
Arigatou, sensei.
Memoir oleh, AZ.. HA...
Suatu Ketika
"Aiseh, duit aku dalam wallet ada rm70 lebih je. Banyak tu. Heh, memanglah banyak. Sebab tu je duit aku yang tinggal. Duit yang aku ambil dari bank tarik tolak, yakni laci meja belajarku. Aduh, haha... Nazak dah aku ni, banyak benda tak cover lagi. Kerana kereta, masa nak cari duit pun hilang. Hahaha... "
Ya, that's right. Simpanan terakhir. Dan aku dah gunakan, kini tinggal baki dan menunggu masa nak habis. Seriously, memang aku bukan jenis kaki membeli itu dan ini. Bukti? Ayah aku bagi rm1000 (sebenarnya rm650, lagi rm 350 dia tolak sebab beli phone baru untuk aku, tanpa persetujuan aku). Cuba teka, brape lama duit tu tahan? Lebih setahun, baru betul2 habis. Dan aku pun mulalah jadikan tabiat mak aku pun tabiat aku juga. Tabiat simpan duit syiling dalam bekas minyak rambut Brylcreem yang dah habis. Walaupun tak banyak dan makan masa, tapi kalau dah penuh bekas tu, bolehlah kalau takat rm40 tu. Buat ganti wallet yang rosak, brand sama juga, Body Glove. Tapi sekarang dah tak teruskan lagi tabiat tu, sebab memang duit tu kena jaga2, haha. Keje nanti baru sambung balik perangai tu.
Stalker, skodeng macam biasa. Seperti Sahabat Bodoh/ Siput Babi/ lebih tepat Special Branch PDRM lagaknya, aku pun menyamar dengan penuh profesionalnya. Menggunakan fb mama untuk tau perkembangan terkini dunia fb, lebih2 lagi rakan2 ku yang aku berandaian bahawa mereka mungkin anggap aku telah tiada. Takziah. Tak apalah, sebab aku kotakan janji walaupun sakit hati sebenarnya. Dia boleh ada macam2 kawan, kantoi ym dengan member aku, aku buat donno je. Kalau jeles aku blah gi tempat lain, malas nak tengok. Sampai part aku, hm... Malaslah nak cakap. Takpe, janji aku tak lama. One day nanti kalau rasa perlu, aku akan ada juga fb, tapi bukan nama asal. Kepada mereka2 yang bagi sokongan serta mengharap aku akan ada fb balik, terima kasih. Sokongan kalian sangat padu, laksana aku ini politikus yang terbaik pernah korang jumpa, rasa terharu...
Tentang duit, ya... Satu cerita yang nostalgik, tambah lagi melankolik. Tapi rasanya biasa je kot. Drama2 sadis melayu gitu. (balik2 melayu, macamlah takde bangsa lain kat dunia ni, nyampah).
Satu ketika. Makan di gerai, aku order milo ais. Sekali kena marah dengan si ayah. "Milo kat rumah berlambak lagi, nape nak minum milo jugak kat sini?". Haha, walhal masa tu, Milo dah berbulan takde kat rumah. Serius. Mungkin sebab harga milo kat kedai2 makan memang mahal, jadi... Takpelah. Aku pun just order teh o je atau apa2 air yang murah kalau keluar makan.
Satu ketika. Ayah aku gi tempat keje dia kat Bangsar. Dia belajar kat u jadi chef, jadi mestilah tempat keje dia ada kaitan dengan makanan. Telawi Street Bistro, Bangsar. Ulang-alik ke sana time kerja, bukan dengan kereta. Bukan juga motor. Basikal adik dia yang paling bongsu (paksu aku, sekarang ni dia guru bahasa kat UTHM). Basikal... Ulang alik gi Bangsar? Wau... Haha, jangan tanya mana kereta, mana motor waktu tu. Memang takde. Basikal tu pun, basikal pinjam, bukan beli. Dengan basikal, dia kayuh hantar aku gi sekolah rendah, sekolah agama.
Seorang budak kecil seharusnya tak faham apa itu rasa susah takde duit. Tak, memang patut tak payah faham. Tapi ntah mengapa, aku sangat faham. Sampaikan bila tau sekolah agama kena bayar yuran tiap2 bulan, aku tak nak sekolah agama sebenarnya. Susahkan mak bapak buat apa, aku fikir macam tu je. Haha, itulah fikiran aku waktu tu yang jelas tak matang. Alah, kata budak2, suruh dia fikir dia ingat main je. Peduli apa, fikiran hanya bagi mereka yang dah besar, dewasa.
Dengan basikal juga, orang pandang sebelah mata. Sebelah mata elok lagi. Ini hina.Depan mata aku, cakap dengan penuh bangga, sombong, mengeji basikal yang dikayuh si ayah. Bangsa mana mengeji bangsa sendiri? Yang ketara aku tengok, bangsa sendiri. Jangan cakap soal bangsa, aku jelasnya agak menyampah. Tak selamanya bangsa kita jadi tuan tanah. Tuhan tak pernah lahirkan sesuatu bangsa untuk menjadi tuan tanah selama-lamanya. Cina, India berjaya, jadi? Usaha keras diorang, diorang jelas keturunan diorang keturunan pendatang. Istilah malas, bersenang lenang takde dalam riwayat hidup diorang. Mungkin waktu ni kita still tuan tanah, 10, 20, 30 tahun akan datang? Kalau jadi kenyataan, aku tepuk tangan je. Melayu yang layu... Memang kena beat, bersaing dengan diorang. Kena lagi keras, kental dari diorang. Kalau diorang kurang ajar, biadab, kita tak boleh buat benda yang sama ke? Aku memegang fahaman kekerasan, ketegasan, keganasan pada mereka yang layak kena tibai. Tak puas hati dengan aku, silap bercakap guna kaki dan tangan, bukan mulut.
Alah, kalau dah lembik, memang lembik. Haramjadah tak boleh pakai kata, "Hidup Melayu". Jarang aku dengar, "Hidup Islam". Jarang sekali. Dalam Islam, semuanya adalah Islam. Dalam Melayu, tak semuanya Islam. Ayat aku ni memang keras, peduli apa aku? Nak terasa sila go hell lah. Dengan agama baru kau boleh melangkah masuk syurga. Dalam kubur malaikat tak tanya kau bangsa apa (either you a negro or malay or whatsoever). Janganlah melatah bila Pas kata kalau undi Pas boleh masuk syurga. Sebab perjuangan mereka berteraskan agama, walaupun ada terlihat titik2 kelemahan disana sini. Lebih baik dari Umno yang mendewakan bangsa.
Satu ketika. Aku balik dari sekolah agama. Waktu petang seperti biasa. Sampai di pintu pagar rumah yang berkunci rapi. Terlihat bebola mataku akan sekeping kertas berperwakan macam poster. Eh, wah... Jap2, kenapa muka ayah aku ada kat kertas tu? Then ada tulisan...
"Mr. Azlin Basar penipu. Bila mau bayar duit kami?"
Sah. Aku tau itu along. Ceti haram. Tapi, jap.... Satu lagi fikiran yang tak matang. Aku buat satu kesimpulan mudah, senang. Hah, betullah famili aku takde duit. Jadi bila jiran2 aku terbaca, bolehlah tarik perasaan kesian diorang tu. Jangan tanya aku kenapa aku boleh berfikir macam tu, aku pun pelik sampai hari ni. Ntah mana2 idea aku dapat waktu, just biarkan kertas tu meleka, tergantung kat depan pagar rumah. Biarkan ia menjadi tatapan jiran2 aku.
Apa daa... Memang aku tak matang. Lalu mama pun pulang dari tempat kerja, keletihan seperti biasa. Melihat gambar suaminya pada kertas itu, lantas dia terus mengoyak, menjadi cebisan2 kecil. Bertanya dia padaku, kenapa aku tak koyakkan saja kertas itu? Mahu aku beritakan hal sebenar, tapi... Hah, barulah otak aku boleh berjalan sikit. Ada reason mama koyak, marah. Dia malu, malu sangat. Dia malu pada jiran2 tetangga. Aku respect, mama dan ayahku (ok, daddy, funny? ok, laugh puas2), kalau ada masalah, sebesar mana masalah tu... Diorang sorokkan, buat semuanya nampak ok. Borak2 dengan jiran kalau berkesempatan, jarang mama luahkan masalah itu ini. Dia mama yang cool, kuat, teguh. Lawa, tapi ada prinsip, keteguhan, kesabaran, ketegasan. Kerana dia aku respect Dr. Wan Azizah dan arwah Dr. Lo' Lo'. Contoh2 superwoman muslimah terbaik.
Memang, waktu tu nama mama, daddy, banyak dah blacklist. Loan dengan bank pun tak boleh, kalau kena kejar, phone berbunyi tanda ada call dari orang bank, biasalah. Hutang, hutang... Best hidup berhutang, jadi popular dengan bank? Setiap masa dikejar 'peminat', haha!
Mama gadai apa yang berharga bagi diri dia. Cincin kahwin, dan apa yang boleh dijual untuk dapatkan duit yang memang tak seberapa. My parents bukan jenis kalau ada problem, balik kampung dan mengadu. Tak... Nothing happen, sampai atuk dan arwah nenek sendiri tau. Diorang tau anak diorang yang bernama Azlin memang takkan ceritakan masalah. Ciri2 ni takde pada adik2 daddy. Kuat adu domba, gossip.
Sewa rumah nak bayar pun semput. Kadang2 kalau bil api tak bayar, itu perkara yang normal, hehe... Bila lagi masa nak bergelap, main api lilin, berpanas, kan. Hm...
Aku tak tau macam mana hutang tu boleh diselesaikan, sampai sekarang. Kalau tau pun, usaha keras parents aku sendiri yang habiskan hutang2 tu. Hidup biar dengan ego yang sesuai dengan keadaan dan masa. Hutang dengan ah long tu pun, sebab nak setup catering sendiri. Alhamdulilah, pengorbanan itu berbaloi untuk jangkamasa panjang.
Sebelum tu pun, ada juga ayah aku berniaga jual pisang goreng, otak2. Waktu darjah 6, aku follow dia jual air kat bazar ramadhan kat Desa Pandan. Jumpa kawan2, tapi aku tak malu. Sebab bapak aku buat kerja halal, bukan telan duit haram macam orang yang main nombor ekor, atau pak2 menteri yang telan duit berjuta-juta.
Kenangan sekolah agama. Yuran berbulan-bulan tak bayar, ada juga member2 yang rasanya macam mengejek aku je. Ustazah cool je, terima kasih Ustazah Amy, dia faham situasi aku. Agak menyirap lah jugak darah bila dengar ejekan tu (taula mak bapak korang gaji banyak). Tapi, yelah... Rasa sedih, sebab kadang2 macam salahkan nasib. "Orang lain bayar yuran ok je, nape sampai part aku Kau tak mudahkan macam diorang?"
Aiseh, yuran kelas tambahan time darjah 6 pun, rasanya 3 bulan tak bayar. Bayar waktu nak keluar result UPSR, tu pun bayar sebab kalau tak bayar, mana boleh dapat result. Riak2 muka cikgu aku tengok menyinga je, macam singa 3 hari tak jumpa daging, haha! And yeah... Kerana duit jugak, aku... Malu nak hadap Cikgu Salina. Aku tusyen dengan cikgu tu masa darjah 5, until darjah 6. Memang yuran dia mahal, bagi akulah yang tak berapa nak mampu memandangkan situasi keluarga waktu tu. Tapi dia ajar kualiti, nampak betul2 nak mengajar. Aura dia sebagai seorang cikgu, aku boleh rasa. Dia ikhlas mengajar, serius. Aku yang yuran kira agak payah nak bayar pun... Tak, dia tak kisah. Yang aku faham bila tengok gaya dia mengajar, kejayaan anak murid adalah nombor satu dalam diri dia. Duit yuran, hal ntah nombor brape. Kiranya, ada reason dia letakkan harga yuran tinggi, sebab sebanding dengan kualiti yang dia tunjuk. Kelas. Itu, harga dia. Sebenarnya, harga tu terlalu murah, kalau nak bandingkan dengan budi dia. Dia antara cikgu yang punyai jiwa seorang cikgu. Dia target aku dapat 5A dalam UPSR, tapi aku dapat 4A je. Wau, tak sangka dia ada letakkan harapan kat aku. Bererti, dia percayakan aku. Dia yakin kat aku. Tak taulah kalau ini perkara biasa bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku... Aku rasa berharga, kalau ada orang percayakan aku. Kalau ada orang letakkan harapan, keyakinan kat aku. Mungkin sebab tu nama aku ada Azri- Sokonganku, Kekuatanku. Aku hargai, sangat hargai. Tak boleh describe dengan kata2, sebab hati jauh lagi memahami.
Dan, aku sebenarnya nak sambung study dengan cikgu tu, untuk sesi form 1 until form 5. Sebab seronok belajar dengan cikgu tu. Memang apa yang dia ajar, senang lekat dalam kepala. Tapi, tak boleh... Aku malu. Aku takut peristiwa lepas jadi lagi, aku tak nak susahkan parents aku. Juga tak nak susahkan cikgu Salina. Jadi dengan berat hati, aku tak sambung lagi tusyen kat rumah dia. Saya tak rasa cikgu tu akan baca apa yang saya tulis ni, tapi... Cikgu, terima kasih. Cikgu sangat baik hati pada saya. Cikgu ikhlas bila mengajar saya. Cikgu... Maaf, saya menangis bila teringat kat cikgu. Nak tegur cikgu, sebab cikgu juga jiran saya, tapi... Saya terlalu malu. Maafkan salah silap saya, cikgu.
Ada sekali aku bermimpi, aku mimpikan cikgu ni. Dalam mimpi aku bercakap dengan dia. Berborak, macam dah lama kenal. Sangat seronok. Perbualan antara ex-student dengan gurunya... Sedar dari mimpi, terus menangis aku, haha! Sebab, itu hanya mimpi. Bukan realiti.
Kalau cerita tentang pengalaman aku dengan duit, memang panjang, haha. Ni pun tak habis lagi ni. Kalau ada masa, aku sambung lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)








.jpg)

.jpg)





















