Friday, 21 September 2012

Survival Untuk Siapa?

maka, pada tanggal 16 september yang lalu buat pertama kalinya aku menyambut Hari Malaysia dengan rasa penuh bermakna.melihat majoriti menggunakan tarikh ini tidak lebih dari sekadar cuti umum, aku menyambut dengan nila2 sejarah dan perjuangan.
ya, aku menyambut Hari Malaysia bersama-sama para mahasiswa yang lain. satu pengalaman yang baru ntuk turun berdemo bersama-sama mereka, dibawah anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). tujuan demo pada hari itu adalah tidak lain dan tidak bukan ntuk menyatakan BANTAHAN terhadap sebarang campur tangan mana2 pihak, KHUSUSNYA KERAJAAN dalam Pilihan Raya Kampus 2012. maka dengan ini dinamakan demo BERSIH KAMPUS yang menggariskan 6 tuntutan yang pada aku bila difikir dan dikaji secara mendalam, tiada apa2 yang salah mengenai tuntutan ini. aku bersama-sama Pro-Mahasiswa dan menentang Pro- Aspirasi. kerana apa? sejak dari sekolah lagi aku telah mengikuti perkembangan kampus2, apatah lagi soal pilihan raya. berlaku berat sebelah di mana Pro- Mahasiswa (sekarang ni namanya Penggerak Mahasiswa) sering mendapat 'bantuan'. aku maksudkan bantuan itu daripada government kerana memang Pro-Aspirasi adalah kaki ampu kerajaan. anda bodek, dan anda akan dapat apa yang anda mahukan. permainan ini tidak adil, maka tertubuhnya Pro-Mahasiswa ntuk menentang ideologi2 yang tidak betul. seringkali Pro-Mahasiswa dilabelkan sebagai pengikut parti2 pembangkang Malaysia, walhal jika difikirkan sedalam-dalamnya, Pro- Mahasiswa tidak perlukan pembangkang. mereka sudah cukup kuat ntuk menggalas amanah dan kepercayaan. lagipun situasi pilihanraya dalam kampus dan luar kampus adalah situasi yang berbeza. pada UMNO- BN, GELANGGANG KAMU ADALAH PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG, BUKAN MEROSAKKAN MAHASISWA2 MELALUI ASPIRASI DALAM PILIRAN RAYA KAMPUS. KAMU SEDANG BERMAIN DENGAN API, DAN LIHATLAH AKIBATNYA DALAM 10, 20 TAHUN AKAN DATANG. aku berasa jijik dengan pilihanraya di uitm sri iskandar- lecturer ku memberikan ugutan bahawa aku tidak akan dapat menduduki kediaman kolej pada sem depan sekiranya aku tidak mengundi. apa jenis punya ugutan tu? sedangkan calon2 pun haram aku nak kenal sorang2, maka apa pilihan terbaik yang dapat aku buat ntuk jaga kebajikan mahasiswa2 di u aku itu? di antara kamu aku tahu ada yang mengambil rasuah itu dan ini. bukti tidak selalu berada dihadapan mata, anda selalunya dapat buat satu keputusan yang bijak.

Monday, 17 September 2012

she's Adinda Mia

assalamualaikum. hai budak comel? wat pe tu? haha... hm.. azri jarang makan kinder bueno (balik2 beli bournville, bosan tul).. lepas ni tukar selera la sbb kinder bueno yg mia bg tu cedaaaapppp bangat! termenung keluar jendela di bilik blok Teratai 1, menonton manusia si mahasiswa2.. aku sorang2. aku bercinta bukan atas prinsip pakwe makwe. aku bercinta kerana ingin hidup bersama, hingga aku tiada. aku serius bila bercinta. dan kini aku menikmati- cinta jarak jauh. i love u, Mazrina Mazlan.

Saturday, 8 September 2012

pelanduk dua serupa???

Dengan.....
haha. hm... haritu budak2 fashion ada buat show. tu yg saja buat style shawl guna towel mandi ni.

Saturday, 1 September 2012

saya disini.

ni gambar saya selepas dinner Geomass (first time diadakan selepas setahun setengah tak buat dinner, sadisnya...) ikutkan hati memang malas aku nak follow benda2 ni (tapi part 1 buat lah cara part 1, benda wajib kena la ikut).. pernahke aku berlakon sebelum ni? seingat aku, rasanya tak pernah. sebab benda tu bukan sesuatu yang aku suka, walaupun aku seorang penggemar filem, penggemar mempelajari acting aktor2. keterlibatan aku menjadi sebahagian dari warga teater untuk SMKPJ saat form 5 dulu, itu pun cuma jadi belakang tabir dengan Aida. aku jaga cahaya lampu stage, Aida mainkan lagu. setakat itu.. haha. aku jadi ketua tentera jepun diambang merdeka. itu watakku... aku mengeluh (ahh, shit, damned 'tut'... bodo la classmate aku yg gatal petik nama aku ntuk buat persembahan depan lecture, part 5). tapi bila fikir2 semula... aku dengan jepun, haha. aku suka. jadi ketua tentera jepun, heh... ada juga standard aku ni, bukan calang2 watak (cewah, riak gila, hahaha!) not bad, cuma kwn2 perempuan takut dgn aku sbb aku suka menjerit. (kalau korang kenal aku kat skolah mcm mana, korang akan takut dgn aku). Surveyor. aku memikirkan semula title tu. tak, bukan. aku tau, dalam hidup aku bukannya kejar title, nama, gelaran. cuma, aku mahu berdiri sebaris dengan mereka2 semua. advisor aku adalah prof yg sgt2 dihormati disini (uitm sri iskandar). beliau sgt baik, malah membantu aku mendapatkan pelepasan pulang kala Wafi sakit teruk waktu itu. dia menggunakan masa terluang dengan mengaji, aku yang mengintai dari luar pintu sgt sejuk hati. seorang tua yang berisi dgn ilmu, tutur katanya sopan. kerap menyertai jemaah solat tika masuk waktu solat fardhu di pusat islam. dan aku... disini, aku akui jarang menjejakkan kaki ke pusat islam. berbeza tatkala dirumah, surau Al- Hilal merupakan tempat tidurku (memudahkan aku ntuk bangun solat subuh). satu hari selepas penat yang teramat mengerjakan 3 SITE (thanks pada group member yang buat perangai, buat attitude mcm tu dan orang takkan suka pada kamu). aku melangkah ke pusat islam, zohor berjemaah disana. teringat bahawa itu pertama kali aku solat di saf depan ketika study disini. sebaris dgn prof2, polis2 bantuan (sejuk hati aku tengok polis solat, senyum pada student. sbb kat kl jangan harap, mcm haramjadah. peristiwa Bersih yang lepas membuatkan aku benci pada polis yang hanya menurut arahan orang atas. kamu sepatutnya melindungi kami, bersama-sama kami. dengan itu, masyarakat memandang tinggi profesion polis. polis kerja yang mulia, tolong jangan busukkan) Disebelah kiriku yang memegang gayung (trofi kemenangan cabutan bertuah pada malam itu) namanya AlQassim. Orangnya baik (selalu tak cukup singgit, aku halalkan apa yg kau pinjam, takyah bayar). orang yong peng, johor (sejam lebih juga dari kampung). pandai math, gila2 mcm aku, dan... quite open minded bila bercakap. suka berkurung dalam bilik main game. sebelah kanan adalah Farid, anak orang kaya dari Kelantan. Bapaknya ada stesen minyak sendiri (harta jgn cakap, betul2 orang kaya punya. kereta bmw m5, 3 series, Audi R8, Hummer. rumah, besau gilo. haha, dia anak tunggal, jangan tanya apa barang mahal yg dia takde). tapi yang bagusnya... dia ok, friendly. tak sombong, mesra dgn sesape je. aku hormat dan suka pada orang yang tak pilih bulu bila berkawan. ntuk pengetahuan kamu juga, aku dan dia berperanan sebagai AJK Publisiti (atau mencapap?). bahasa mudahnya, tangkap2 gambar dan media gitu. benar, aku punyai kamera namun aku hormat permintaan ayahku agar tidak membawanya kesini. jadi aku bermain dengan kamera anak orang kaya ni. so far... kawan2 laki aku disini ok semuanya, cuma sorang ni.... (mak ko memang suruh ko cari bini kat u ke, tak sabar dah nak awek?... kelakar aku tengok kau, desperate nak perempuan). kot ye pun, cover2 lah. bukannya tak boleh, cuma kau tu gelabah. apa kata kau belajar dengan aku bab2 ni, aku banyak ilmu nak dikongsi ni, haha (honestly, aku sebenarnya tak pandai bercinta. itu hakikat.) mereka berdua didalam gambar ini adalah classmate saya yang gila2! Oppa Gangnam Style? bring it on dude.