"Aiseh, duit aku dalam wallet ada rm70 lebih je. Banyak tu. Heh, memanglah banyak. Sebab tu je duit aku yang tinggal. Duit yang aku ambil dari bank tarik tolak, yakni laci meja belajarku. Aduh, haha... Nazak dah aku ni, banyak benda tak cover lagi. Kerana kereta, masa nak cari duit pun hilang. Hahaha... "


Ya, that's right. Simpanan terakhir. Dan aku dah gunakan, kini tinggal baki dan menunggu masa nak habis. Seriously, memang aku bukan jenis kaki membeli itu dan ini. Bukti? Ayah aku bagi rm1000 (sebenarnya rm650, lagi rm 350 dia tolak sebab beli phone baru untuk aku, tanpa persetujuan aku). Cuba teka, brape lama duit tu tahan? Lebih setahun, baru betul2 habis. Dan aku pun mulalah jadikan tabiat mak aku pun tabiat aku juga. Tabiat simpan duit syiling dalam bekas minyak rambut Brylcreem yang dah habis. Walaupun tak banyak dan makan masa, tapi kalau dah penuh bekas tu, bolehlah kalau takat rm40 tu. Buat ganti wallet yang rosak, brand sama juga, Body Glove. Tapi sekarang dah tak teruskan lagi tabiat tu, sebab memang duit tu kena jaga2, haha. Keje nanti baru sambung balik perangai tu.


Stalker, skodeng macam biasa. Seperti Sahabat Bodoh/ Siput Babi/ lebih tepat Special Branch PDRM lagaknya, aku pun menyamar dengan penuh profesionalnya. Menggunakan fb mama untuk tau perkembangan terkini dunia fb, lebih2 lagi rakan2 ku yang aku berandaian bahawa mereka mungkin anggap aku telah tiada. Takziah. Tak apalah, sebab aku kotakan janji walaupun sakit hati sebenarnya. Dia boleh ada macam2 kawan, kantoi ym dengan member aku, aku buat donno je. Kalau jeles aku blah gi tempat lain, malas nak tengok. Sampai part aku, hm... Malaslah nak cakap. Takpe, janji aku tak lama. One day nanti kalau rasa perlu, aku akan ada juga fb, tapi bukan nama asal. Kepada mereka2 yang bagi sokongan serta mengharap aku akan ada fb balik, terima kasih. Sokongan kalian sangat padu, laksana aku ini politikus yang terbaik pernah korang jumpa, rasa terharu...

Tentang duit, ya... Satu cerita yang nostalgik, tambah lagi melankolik. Tapi rasanya biasa je kot. Drama2 sadis melayu gitu. (balik2 melayu, macamlah takde bangsa lain kat dunia ni, nyampah).
Satu ketika. Makan di gerai, aku order milo ais. Sekali kena marah dengan si ayah. "Milo kat rumah berlambak lagi, nape nak minum milo jugak kat sini?". Haha, walhal masa tu, Milo dah berbulan takde kat rumah. Serius. Mungkin sebab harga milo kat kedai2 makan memang mahal, jadi... Takpelah. Aku pun just order teh o je atau apa2 air yang murah kalau keluar makan.
Satu ketika. Ayah aku gi tempat keje dia kat Bangsar. Dia belajar kat u jadi chef, jadi mestilah tempat keje dia ada kaitan dengan makanan. Telawi Street Bistro, Bangsar. Ulang-alik ke sana time kerja, bukan dengan kereta. Bukan juga motor. Basikal adik dia yang paling bongsu (paksu aku, sekarang ni dia guru bahasa kat UTHM). Basikal... Ulang alik gi Bangsar? Wau... Haha, jangan tanya mana kereta, mana motor waktu tu. Memang takde. Basikal tu pun, basikal pinjam, bukan beli. Dengan basikal, dia kayuh hantar aku gi sekolah rendah, sekolah agama.

Seorang budak kecil seharusnya tak faham apa itu rasa susah takde duit. Tak, memang patut tak payah faham. Tapi ntah mengapa, aku sangat faham. Sampaikan bila tau sekolah agama kena bayar yuran tiap2 bulan, aku tak nak sekolah agama sebenarnya. Susahkan mak bapak buat apa, aku fikir macam tu je. Haha, itulah fikiran aku waktu tu yang jelas tak matang. Alah, kata budak2, suruh dia fikir dia ingat main je. Peduli apa, fikiran hanya bagi mereka yang dah besar, dewasa.


Dengan basikal juga, orang pandang sebelah mata. Sebelah mata elok lagi. Ini hina.Depan mata aku, cakap dengan penuh bangga, sombong, mengeji basikal yang dikayuh si ayah. Bangsa mana mengeji bangsa sendiri? Yang ketara aku tengok, bangsa sendiri. Jangan cakap soal bangsa, aku jelasnya agak menyampah. Tak selamanya bangsa kita jadi tuan tanah. Tuhan tak pernah lahirkan sesuatu bangsa untuk menjadi tuan tanah selama-lamanya. Cina, India berjaya, jadi? Usaha keras diorang, diorang jelas keturunan diorang keturunan pendatang. Istilah malas, bersenang lenang takde dalam riwayat hidup diorang. Mungkin waktu ni kita still tuan tanah, 10, 20, 30 tahun akan datang? Kalau jadi kenyataan, aku tepuk tangan je. Melayu yang layu... Memang kena beat, bersaing dengan diorang. Kena lagi keras, kental dari diorang. Kalau diorang kurang ajar, biadab, kita tak boleh buat benda yang sama ke? Aku memegang fahaman kekerasan, ketegasan, keganasan pada mereka yang layak kena tibai. Tak puas hati dengan aku, silap bercakap guna kaki dan tangan, bukan mulut.


Alah, kalau dah lembik, memang lembik. Haramjadah tak boleh pakai kata, "Hidup Melayu". Jarang aku dengar, "Hidup Islam". Jarang sekali. Dalam Islam, semuanya adalah Islam. Dalam Melayu, tak semuanya Islam. Ayat aku ni memang keras, peduli apa aku? Nak terasa sila go hell lah. Dengan agama baru kau boleh melangkah masuk syurga. Dalam kubur malaikat tak tanya kau bangsa apa (either you a negro or malay or whatsoever). Janganlah melatah bila Pas kata kalau undi Pas boleh masuk syurga. Sebab perjuangan mereka berteraskan agama, walaupun ada terlihat titik2 kelemahan disana sini. Lebih baik dari Umno yang mendewakan bangsa.
Satu ketika. Aku balik dari sekolah agama. Waktu petang seperti biasa. Sampai di pintu pagar rumah yang berkunci rapi. Terlihat bebola mataku akan sekeping kertas berperwakan macam poster. Eh, wah... Jap2, kenapa muka ayah aku ada kat kertas tu? Then ada tulisan...
"Mr. Azlin Basar penipu. Bila mau bayar duit kami?"
Sah. Aku tau itu along. Ceti haram. Tapi, jap.... Satu lagi fikiran yang tak matang. Aku buat satu kesimpulan mudah, senang. Hah, betullah famili aku takde duit. Jadi bila jiran2 aku terbaca, bolehlah tarik perasaan kesian diorang tu. Jangan tanya aku kenapa aku boleh berfikir macam tu, aku pun pelik sampai hari ni. Ntah mana2 idea aku dapat waktu, just biarkan kertas tu meleka, tergantung kat depan pagar rumah. Biarkan ia menjadi tatapan jiran2 aku.



Apa daa... Memang aku tak matang. Lalu mama pun pulang dari tempat kerja, keletihan seperti biasa. Melihat gambar suaminya pada kertas itu, lantas dia terus mengoyak, menjadi cebisan2 kecil. Bertanya dia padaku, kenapa aku tak koyakkan saja kertas itu? Mahu aku beritakan hal sebenar, tapi... Hah, barulah otak aku boleh berjalan sikit. Ada reason mama koyak, marah. Dia malu, malu sangat. Dia malu pada jiran2 tetangga. Aku respect, mama dan ayahku (ok, daddy, funny? ok, laugh puas2), kalau ada masalah, sebesar mana masalah tu... Diorang sorokkan, buat semuanya nampak ok. Borak2 dengan jiran kalau berkesempatan, jarang mama luahkan masalah itu ini. Dia mama yang cool, kuat, teguh. Lawa, tapi ada prinsip, keteguhan, kesabaran, ketegasan. Kerana dia aku respect Dr. Wan Azizah dan arwah Dr. Lo' Lo'. Contoh2 superwoman muslimah terbaik.

Memang, waktu tu nama mama, daddy, banyak dah blacklist. Loan dengan bank pun tak boleh, kalau kena kejar, phone berbunyi tanda ada call dari orang bank, biasalah. Hutang, hutang... Best hidup berhutang, jadi popular dengan bank? Setiap masa dikejar 'peminat', haha!
Mama gadai apa yang berharga bagi diri dia. Cincin kahwin, dan apa yang boleh dijual untuk dapatkan duit yang memang tak seberapa. My parents bukan jenis kalau ada problem, balik kampung dan mengadu. Tak... Nothing happen, sampai atuk dan arwah nenek sendiri tau. Diorang tau anak diorang yang bernama Azlin memang takkan ceritakan masalah. Ciri2 ni takde pada adik2 daddy. Kuat adu domba, gossip.
Sewa rumah nak bayar pun semput. Kadang2 kalau bil api tak bayar, itu perkara yang normal, hehe... Bila lagi masa nak bergelap, main api lilin, berpanas, kan. Hm...
Aku tak tau macam mana hutang tu boleh diselesaikan, sampai sekarang. Kalau tau pun, usaha keras parents aku sendiri yang habiskan hutang2 tu. Hidup biar dengan ego yang sesuai dengan keadaan dan masa. Hutang dengan ah long tu pun, sebab nak setup catering sendiri. Alhamdulilah, pengorbanan itu berbaloi untuk jangkamasa panjang.
Sebelum tu pun, ada juga ayah aku berniaga jual pisang goreng, otak2. Waktu darjah 6, aku follow dia jual air kat bazar ramadhan kat Desa Pandan. Jumpa kawan2, tapi aku tak malu. Sebab bapak aku buat kerja halal, bukan telan duit haram macam orang yang main nombor ekor, atau pak2 menteri yang telan duit berjuta-juta.
Kenangan sekolah agama. Yuran berbulan-bulan tak bayar, ada juga member2 yang rasanya macam mengejek aku je. Ustazah cool je, terima kasih Ustazah Amy, dia faham situasi aku. Agak menyirap lah jugak darah bila dengar ejekan tu (taula mak bapak korang gaji banyak). Tapi, yelah... Rasa sedih, sebab kadang2 macam salahkan nasib. "Orang lain bayar yuran ok je, nape sampai part aku Kau tak mudahkan macam diorang?"
Aiseh, yuran kelas tambahan time darjah 6 pun, rasanya 3 bulan tak bayar. Bayar waktu nak keluar result UPSR, tu pun bayar sebab kalau tak bayar, mana boleh dapat result. Riak2 muka cikgu aku tengok menyinga je, macam singa 3 hari tak jumpa daging, haha! And yeah... Kerana duit jugak, aku... Malu nak hadap Cikgu Salina. Aku tusyen dengan cikgu tu masa darjah 5, until darjah 6. Memang yuran dia mahal, bagi akulah yang tak berapa nak mampu memandangkan situasi keluarga waktu tu. Tapi dia ajar kualiti, nampak betul2 nak mengajar. Aura dia sebagai seorang cikgu, aku boleh rasa. Dia ikhlas mengajar, serius. Aku yang yuran kira agak payah nak bayar pun... Tak, dia tak kisah. Yang aku faham bila tengok gaya dia mengajar, kejayaan anak murid adalah nombor satu dalam diri dia. Duit yuran, hal ntah nombor brape. Kiranya, ada reason dia letakkan harga yuran tinggi, sebab sebanding dengan kualiti yang dia tunjuk. Kelas. Itu, harga dia. Sebenarnya, harga tu terlalu murah, kalau nak bandingkan dengan budi dia. Dia antara cikgu yang punyai jiwa seorang cikgu. Dia target aku dapat 5A dalam UPSR, tapi aku dapat 4A je. Wau, tak sangka dia ada letakkan harapan kat aku. Bererti, dia percayakan aku. Dia yakin kat aku. Tak taulah kalau ini perkara biasa bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku... Aku rasa berharga, kalau ada orang percayakan aku. Kalau ada orang letakkan harapan, keyakinan kat aku. Mungkin sebab tu nama aku ada Azri- Sokonganku, Kekuatanku. Aku hargai, sangat hargai. Tak boleh describe dengan kata2, sebab hati jauh lagi memahami.
Dan, aku sebenarnya nak sambung study dengan cikgu tu, untuk sesi form 1 until form 5. Sebab seronok belajar dengan cikgu tu. Memang apa yang dia ajar, senang lekat dalam kepala. Tapi, tak boleh... Aku malu. Aku takut peristiwa lepas jadi lagi, aku tak nak susahkan parents aku. Juga tak nak susahkan cikgu Salina. Jadi dengan berat hati, aku tak sambung lagi tusyen kat rumah dia. Saya tak rasa cikgu tu akan baca apa yang saya tulis ni, tapi... Cikgu, terima kasih. Cikgu sangat baik hati pada saya. Cikgu ikhlas bila mengajar saya. Cikgu... Maaf, saya menangis bila teringat kat cikgu. Nak tegur cikgu, sebab cikgu juga jiran saya, tapi... Saya terlalu malu. Maafkan salah silap saya, cikgu.
Ada sekali aku bermimpi, aku mimpikan cikgu ni. Dalam mimpi aku bercakap dengan dia. Berborak, macam dah lama kenal. Sangat seronok. Perbualan antara ex-student dengan gurunya... Sedar dari mimpi, terus menangis aku, haha! Sebab, itu hanya mimpi. Bukan realiti.
Kalau cerita tentang pengalaman aku dengan duit, memang panjang, haha. Ni pun tak habis lagi ni. Kalau ada masa, aku sambung lagi.