Rembulan Tenggelam Di Wajahmu Kami very very best friend forever!!! kenal since darjah 1 Harmoni...main kejar2 masa kecik2 budak sekolah rendah n pernah bercinta but kami decide it's not ok for the sake of Islam n our parents as we get matured. so if there's jodoh we will get married,insya Allah. no couple2 but Allah will give us the best in 10 years later because He knows better than everyone else. Anyway, pelajaran comes first.....
Friday, 21 September 2012
Survival Untuk Siapa?
maka, pada tanggal 16 september yang lalu buat pertama kalinya aku menyambut Hari Malaysia dengan rasa penuh bermakna.melihat majoriti menggunakan tarikh ini tidak lebih dari sekadar cuti umum, aku menyambut dengan nila2 sejarah dan perjuangan.
ya, aku menyambut Hari Malaysia bersama-sama para mahasiswa yang lain. satu pengalaman yang baru ntuk turun berdemo bersama-sama mereka, dibawah anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). tujuan demo pada hari itu adalah tidak lain dan tidak bukan ntuk menyatakan BANTAHAN terhadap sebarang campur tangan mana2 pihak, KHUSUSNYA KERAJAAN dalam Pilihan Raya Kampus 2012. maka dengan ini dinamakan demo BERSIH KAMPUS yang menggariskan 6 tuntutan yang pada aku bila difikir dan dikaji secara mendalam, tiada apa2 yang salah mengenai tuntutan ini. aku bersama-sama Pro-Mahasiswa dan menentang Pro- Aspirasi. kerana apa? sejak dari sekolah lagi aku telah mengikuti perkembangan kampus2, apatah lagi soal pilihan raya. berlaku berat sebelah di mana Pro- Mahasiswa (sekarang ni namanya Penggerak Mahasiswa) sering mendapat 'bantuan'. aku maksudkan bantuan itu daripada government kerana memang Pro-Aspirasi adalah kaki ampu kerajaan. anda bodek, dan anda akan dapat apa yang anda mahukan. permainan ini tidak adil, maka tertubuhnya Pro-Mahasiswa ntuk menentang ideologi2 yang tidak betul. seringkali Pro-Mahasiswa dilabelkan sebagai pengikut parti2 pembangkang Malaysia, walhal jika difikirkan sedalam-dalamnya, Pro- Mahasiswa tidak perlukan pembangkang. mereka sudah cukup kuat ntuk menggalas amanah dan kepercayaan. lagipun situasi pilihanraya dalam kampus dan luar kampus adalah situasi yang berbeza. pada UMNO- BN, GELANGGANG KAMU ADALAH PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG, BUKAN MEROSAKKAN MAHASISWA2 MELALUI ASPIRASI DALAM PILIRAN RAYA KAMPUS. KAMU SEDANG BERMAIN DENGAN API, DAN LIHATLAH AKIBATNYA DALAM 10, 20 TAHUN AKAN DATANG. aku berasa jijik dengan pilihanraya di uitm sri iskandar- lecturer ku memberikan ugutan bahawa aku tidak akan dapat menduduki kediaman kolej pada sem depan sekiranya aku tidak mengundi. apa jenis punya ugutan tu? sedangkan calon2 pun haram aku nak kenal sorang2, maka apa pilihan terbaik yang dapat aku buat ntuk jaga kebajikan mahasiswa2 di u aku itu? di antara kamu aku tahu ada yang mengambil rasuah itu dan ini. bukti tidak selalu berada dihadapan mata, anda selalunya dapat buat satu keputusan yang bijak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment