Rembulan Tenggelam Di Wajahmu Kami very very best friend forever!!! kenal since darjah 1 Harmoni...main kejar2 masa kecik2 budak sekolah rendah n pernah bercinta but kami decide it's not ok for the sake of Islam n our parents as we get matured. so if there's jodoh we will get married,insya Allah. no couple2 but Allah will give us the best in 10 years later because He knows better than everyone else. Anyway, pelajaran comes first.....
Saturday, 1 September 2012
saya disini.
ni gambar saya selepas dinner Geomass (first time diadakan selepas setahun setengah tak buat dinner, sadisnya...) ikutkan hati memang malas aku nak follow benda2 ni (tapi part 1 buat lah cara part 1, benda wajib kena la ikut).. pernahke aku berlakon sebelum ni? seingat aku, rasanya tak pernah. sebab benda tu bukan sesuatu yang aku suka, walaupun aku seorang penggemar filem, penggemar mempelajari acting aktor2. keterlibatan aku menjadi sebahagian dari warga teater untuk SMKPJ saat form 5 dulu, itu pun cuma jadi belakang tabir dengan Aida. aku jaga cahaya lampu stage, Aida mainkan lagu. setakat itu..
haha. aku jadi ketua tentera jepun diambang merdeka. itu watakku... aku mengeluh (ahh, shit, damned 'tut'... bodo la classmate aku yg gatal petik nama aku ntuk buat persembahan depan lecture, part 5). tapi bila fikir2 semula... aku dengan jepun, haha. aku suka. jadi ketua tentera jepun, heh... ada juga standard aku ni, bukan calang2 watak (cewah, riak gila, hahaha!) not bad, cuma kwn2 perempuan takut dgn aku sbb aku suka menjerit. (kalau korang kenal aku kat skolah mcm mana, korang akan takut dgn aku).
Surveyor. aku memikirkan semula title tu. tak, bukan. aku tau, dalam hidup aku bukannya kejar title, nama, gelaran. cuma, aku mahu berdiri sebaris dengan mereka2 semua. advisor aku adalah prof yg sgt2 dihormati disini (uitm sri iskandar). beliau sgt baik, malah membantu aku mendapatkan pelepasan pulang kala Wafi sakit teruk waktu itu. dia menggunakan masa terluang dengan mengaji, aku yang mengintai dari luar pintu sgt sejuk hati. seorang tua yang berisi dgn ilmu, tutur katanya sopan. kerap menyertai jemaah solat tika masuk waktu solat fardhu di pusat islam. dan aku... disini, aku akui jarang menjejakkan kaki ke pusat islam. berbeza tatkala dirumah, surau Al- Hilal merupakan tempat tidurku (memudahkan aku ntuk bangun solat subuh). satu hari selepas penat yang teramat mengerjakan 3 SITE (thanks pada group member yang buat perangai, buat attitude mcm tu dan orang takkan suka pada kamu). aku melangkah ke pusat islam, zohor berjemaah disana. teringat bahawa itu pertama kali aku solat di saf depan ketika study disini. sebaris dgn prof2, polis2 bantuan (sejuk hati aku tengok polis solat, senyum pada student. sbb kat kl jangan harap, mcm haramjadah. peristiwa Bersih yang lepas membuatkan aku benci pada polis yang hanya menurut arahan orang atas. kamu sepatutnya melindungi kami, bersama-sama kami. dengan itu, masyarakat memandang tinggi profesion polis. polis kerja yang mulia, tolong jangan busukkan)
Disebelah kiriku yang memegang gayung (trofi kemenangan cabutan bertuah pada malam itu) namanya AlQassim. Orangnya baik (selalu tak cukup singgit, aku halalkan apa yg kau pinjam, takyah bayar). orang yong peng, johor (sejam lebih juga dari kampung). pandai math, gila2 mcm aku, dan... quite open minded bila bercakap. suka berkurung dalam bilik main game.
sebelah kanan adalah Farid, anak orang kaya dari Kelantan. Bapaknya ada stesen minyak sendiri (harta jgn cakap, betul2 orang kaya punya. kereta bmw m5, 3 series, Audi R8, Hummer. rumah, besau gilo. haha, dia anak tunggal, jangan tanya apa barang mahal yg dia takde). tapi yang bagusnya... dia ok, friendly. tak sombong, mesra dgn sesape je. aku hormat dan suka pada orang yang tak pilih bulu bila berkawan. ntuk pengetahuan kamu juga, aku dan dia berperanan sebagai AJK Publisiti (atau mencapap?). bahasa mudahnya, tangkap2 gambar dan media gitu. benar, aku punyai kamera namun aku hormat permintaan ayahku agar tidak membawanya kesini. jadi aku bermain dengan kamera anak orang kaya ni. so far... kawan2 laki aku disini ok semuanya, cuma sorang ni.... (mak ko memang suruh ko cari bini kat u ke, tak sabar dah nak awek?... kelakar aku tengok kau, desperate nak perempuan). kot ye pun, cover2 lah. bukannya tak boleh, cuma kau tu gelabah. apa kata kau belajar dengan aku bab2 ni, aku banyak ilmu nak dikongsi ni, haha (honestly, aku sebenarnya tak pandai bercinta. itu hakikat.)
mereka berdua didalam gambar ini adalah classmate saya yang gila2! Oppa Gangnam Style? bring it on dude.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment