Aku punyai lensa
Merakam kejadian sekeliling
Manusia, haiwan, tumbuhan
Malahan dunia
Apa saja yang dilakukan
Perlu ada batasan agama
Karena kamu tidak akan dapat nafi
Pedoman hidup puncanya agama
Sama juga dengan hal menangkap gambar
Tapi aku punyai ketegasan
Foto2 yang diambil
Boleh dimuat naik ke alam maya
BERSYARAT
Hanya aku benarkan foto yang aurat tertutup rapi
Agar ia tidak menyusahkan aku dan kamu kelak
Satu ketika di alam bernama AKHIRAT
Foto2 yang dimuat naik ke internet
Tiada jaminan ia senang dilupuskan
Seandainya kamu mahu membuang ia
Akan kekal dan kekal, terus kekal
Malahan tentu kamu menanggung dosa
Kerana foto2 sendiri
Terlihat seantero alam, detik saat minit yang tidak mati
Buat jejaka dan cewek2
Juga peringatan bagi aku
Ayuh dari saat kamu membaca ini
Lakukan reformasi
Yang sudah itu sudah, jangan diulang
Bukan soal hipokrit
Malahan tentang cara bagaimana kamu mampu
Menjadi penyelamat kepada diri
Foto yang terlihat sebahagian aurat
SILA BUANG
Atau, ya
Memang dalam memori lensaku
Ada gambar kalian yang menampakkan apa yang haram
Namun atas budi bicara, aku memberi pilihan
Kalau masih mahu gambar itu dimuat naik
Aku sudah memberi nasihat
Akan dosa yang berterusan
Terlepas aku dari tanggungjawab
Terpulang, aku turutkan saja
Selebihnya terserah pada kalian
Menjadi tontonan di FB2, Twitter, mana2 saja.
Wassallam.

Azri..... em, bagi Mia gambar yang nampak haram tu delete je. tak payah bagi kat kitorang sume. tak yah tanya pun. bila Azri bagi gak, seolah2 Azri menggalakkan. kira cam dosa gak ah.sebab Azri yang tangkap.
ReplyDeletehaha. sebab tu bukannya senang bila pegang kamera. kadang2 orang (azri khususkan pada perempuan) nakkan gambar diorang yang ditangkap walaupun masing2 tau gambar tu tak menutup aurat. Bila Azri bagi bukan bermakna Azri menggalakkan. At least Azri dah bagi warning, dan nasihat tentang akibat yang berlaku nanti. Kalau dia tetap nakkan juga, Azri bagi. Sebab Azri dah offer nak delete, tapi dia menolak. Azri ada buku Ustaz Azhar Idrus tentang soal gambar2 ni. Dia kata, yang menangkap gambar bila dah berikan nasihat tapi ditolak, maka bukan lagi dosa tu terletak atas bahu jurugambar. Tapi dengan syarat, nasihatkan dulu.
ReplyDeleteSebab Ustaz Azhar Idrus pun fotografer juga.