Waktukan terus memecut
Limitasi laju tiada
Bergerak semua menyoroti saat2 yang melewati
Meninggalkan
Sayonara kepada yang terlambat
Memang begitu dunia
Sayang
Akukan cuba melawan arus deras masa
Meski alirannya kuat
Ku pastikan kukan mengikuti setia waktu
Sekalipun bukanlah aku yang terkedepan
Lebih baik dari terlambat dibelakang
Sayang
Mahligai dan kolam ikan, air pancut
taman hijau mini
Disneyland, Eropah
Objektif bernama impian
Makkah, Madinah
Indonesia, Jepun
Kembara merentas peta global
Aku mahu kesana
Mahukah kamu menemani aku?
Sayang
Bahawasanya gembira itu tak terungkap
oleh baris2 aksara kata
Bahawasanya juga aku bukan si pemahir puitis kata
Adakah kamu hayati teliti
Mazrina Mazlan kemas dalam hati aku?
Sayang
Jangan bersedih
Kalau kamu berkeras mengalirkan air di pipi
Tertewas juga egois diriku ini
Tak mengapa
Barangkali kesedaran itu akhirnya datang
Robot tidak bercinta
Kerana aku manusia berperasaan
Dan perasaanku padamu
Sayang
Ikatan couple tidak utuh
Moga kita tidak ulang khilaf dahulu
Kerana ikatan kali ini lebih kuat
Aku cinta kau, kau cinta aku
Sudah kuat tanpa konteks couple
Moga hubungan ini sukses gemilang
Kerana ku ingin bawanya ke rencana paling besar
Menikahimu
Sayang
Aku mahu memegang tangan lembutmu
Memelukmu senantiasa dalam saat masih ada nafas
Menyentuh pipi mulusmu
Apakan lagi bermain dengan rambutmu
Secara halal wahai dindaku
Bina keluarga bahagia, menuju syurga dunia akhirat
Apa yang tidak kau kecapi tika ini
Aku harap aku boleh tunaikan, walau tak semua
Bersabarlah, Mia
Tidak jauh Uitm Seri Iskandar denagn UM
Fotomu di dalam wallet, komputer riba
Azri ada
Usah risau
Doktor Mia
Sayang
Moga Mia sekali lagi
terima mawar merah
Kerana Azri tak mahu berikan pada orang lain
Selain Mia.
wah,sdapnye sajak Azri. terkedu Mia baca.tp ada ckit overla. Mia geli cikit.lain kali kurgkn yg perenggan 'sayang' ...tu eh. mmg betul tp biarlah ditaip oleh married couple.
ReplyDeleteperkataan sayang tu sengaja azri ulang, sebagai pengulangan dalam sajak.
Deletehaha, memang sajak ni direka over sikit... tapi jujur, jari yang menaip sambil hati memandu. menaip apa yg azri rasa.