Saya merupakan salah seorang penyokong perhimpunan demo Bersih. Dari yang pertama sampailah yang terjadi pada hari sabtu yang lalu. Menggunakan kepakaran sebagai hacker dan stalker, maka menyelinap masuk saya umpama Special Branch 'menjalankan' kerja mereka dengan sempurna sekali. Atau dalam bahasa yang kurang manis, ayah saya menyebut- Siput Babi atau Sahabat Bodoh.
Adalah dengan ini saya ingin menyatakan perasaan saya yang sedih melihat rakan2 seperjuangan yang berperang hujah dengan mereka2 yang nyata dari dahulu lagi tegar condem Bersih ini semacam satu malapetaka yang dahsyat. Akui akan diri saya ini, kadang2 bila berhujah, emosi adakalanya tidak dapat dikawal dengan baik. Maka hujah yang diharapkan akan berakhir dengan suasana yang aman, santai dan tenang tidak berlaku. Kerana hujah bercampur caci maki, sehingga lari dari topik yang diperdebatkan. Maka ada sesetengah pihak yang berpendirian bebas apabila membaca komentar2 sebegini terus saja menggangap bahawa sememangnya politik itu kancah. Kancah yang penuh dengan kekotoran, jijik, keji.
Malahan di dada2 akhbar, media massa terus saja memainkan sentimen politiking yang kalau dilihat secara matang dengan keintelektualan, adalah tidak wajar. Maka jangan salahkan sebelah pihak andai anda yang memulakan peperangan isu2 panas, maka disambut serangan anda itu dengan serangan yang lain pula. Childish, bersifat kebudak-budakan. Walhal politikal Islam tidak seharusnya jadi sebegini rupa.
Saya berpendapat, berfikiran, demo ini adalah seperti demo2 yang lain juga. Kali ini temanya adalah Duduk Bantah. Bererti adalah lebih mudah bagi pihak2 beruniform biru tua, yakni PDRM menjalankan tugas. Kerana apabila mereka dapat menuju ke tempat yang dikehendaki seperti dalam perancangan, tema yang didukung pada demo kali ini dapat dilaksanakan. Hanya duduk, terpekik terlolong. Biarkan kami, biarkan peserta2 demo melalak sampai penat. Peranan polis sebagai anggota pengaman dalam sebarang situasi sangat diperlukan. Masa2 seperti ini kewibawaan PDRM amat dituntut, menunjukkan bahawa nilai integriti itu bukan sekadar retorik kata2. Polis punyai kebebasan, taat setia hanya pada Agong kerana nama PDRM itu sendiri- Polis Di- Raja Malaysia. Kuasa anda setinggi nilai kuasa makhamah, mana2 politikus sama ada kerajaan mahupun pembangkang, tidak boleh membonekakan anda.
Berbalik kepada hal demo yang situasinya dilihat cukup panas, kami, peserta2 demo mahukan perkhidmatan anda. Jadi guard kami, kiri kanan dapan belakang anda bersama kami. Benar, dalam 200 ribu++ tak mungkin semuanya ada disiplin diri yang mantap. Matlamat demo sendiri adalah cukup jelas, kami sepakat mahukan perhimpunan yang bermula, dan berakhir dengan aman. Tugas abang2 polis mudah. Jaga kami. Andai ada antara kami yang melanggar peraturan, undang2, maka tangkaplah yang merosakkan suasana saja. Saya percaya, majoriti peserta himpunan demo berdisiplin tinggi, hanya segelintir yang ibarat 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.
Apa yang terjadi sewaktu Bersih 2.0 dulu sewajarnya diambil iktibar oleh semua pihak, termasuk para penganjur demo. Dan dengan itu maka diperkenalkan tema Duduk Bantah, yakni kami hanya duduk. Memudahkan pengawasan sang penguasa bertauliah. Dan sewajarnya juga para penguasa uniform biru tua mengambil peluang ini untuk menebus kembali kesilapan dulu, yang menyebabkan ada seorang peserta mati sewaktu berdemo.Setidaknya abang2 hero polis dan FRU berpeluang meraih sedikit penghormatan dari masyarakat negara ini yang jelas melihat kejatuhan kredibiliti PDRM ke tahap paling kritikal dengan melakukan sesuatu yang munasabah. Tapi sayangnya dari apa yang saya lihat, harapan saya untuk melihat nama PDRM kembali harum musnah juga, mungkin tidak untuk waktu ini. Untuk makluman, saya berimpian untuk menyarung uniform biru tua itu. Kerana pada saya, ia kemuliaan. Juga penghormatan atas komitmen yang tidak berbelah bahagi unutk negara tercinta. Masih sehingga sekarang, saya ingin menjadi salah seorang dari anda, warga biru tua. Kerana tindakan anda mengundang persepsi negatif lebih dari positif, maka ia telah membuatkan ayah saya mengucapkan kata2, "aku takkan mengaku kau anak aku kalau kau pilih untuk jadi polis".
Kepada anda saya ingin bertanyakan. Apa rasionalnya geng2 SB diturunkan sewktu demo tersebut? Kami jelas tidak menghalang andai SB2 itu diturunkan bertujuan untuk melakukan risikan maklumat, mendapatkan info2 dengan modus operandi biasa- penyamaran. Adalah bukan suatu kesalahan saya tegaskan disini. Bebas bagi mereka menyamar, menyarung t-shirt kuning bersama-sama kami pada sabtu lalu. seribu, dua ribu atau lebih bukanlah masalahnya disini, ramai lagi pun tak mengapa (bertambahlah juga para pendemo, satu kebetulan yang menguntungkan).
Tapi kalau mereka2 yang begelar perisik handal ini diturunkan untuk menghasut para demonstran melakukan pelbagai bentuk provokasi yang boleh mencetuskan ketidakstabilan politik dan mengancam kselamatan negara, apa faedahnya pula? Mungkin juga untuk menguji para peserta, siapa tahu?
Dari demo yang pertama hingga yang terkini, sebenarnya tidak menghairankan andai para SB turut sama menyertai. Tugas mereka sebagai perisik, pemerhati, peninjau. Kadang2 anda tidak sedar pun kalau2 yang anda nampak mat bangla yang kerjanya menyapu setiap masa, adalah penyamaran sempurna seorang SB. Itu sebagai contoh. Saya tidaklah bersetuju kalau peranan anda sebagai SB disalahgunakan. Saya tidak memfitnah atau cuba melakukan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah. Perkara ini dah lama berlaku, masyarakat umum makin ramai yang dapat hidu penyamaran anda. Namun ramai juga yang masih terus menerus menuding kesalahan tempoh hari terhadap demo itu. Kerja anda bukan menghasut, mencetuskan suasana kacau bilau. Saya tak kata setiap kekacauan dalam demo yang berlangsung adalah semuanya dari perancangan bilik mesyuarat anda. Tapi obvious, nampak ketara sangat.
Insyaallah. Saya akan meneruskan lagi esei panjang lebar ini, atas kapasiti ingin membantu teman2 yang dihimpit celaan dan cercaan bertalu-talu dari mereka yang nampaknya... Mudah jump to conclusion. They said, Bersih was suck, pengikut Ambigalah, banyak lagi.
Saya berniat ikhlas dalam hal ini. Tidak saya menulis panjang lebar semata-mata untuk mewujudkan sebarang unsur pergaduhan dan perselisihan faham. Saya selesa bergelar keyboard warrior dari berperang mulut, kerana saya mungkin gagal mengawal emosi sewaktu beradu kata2.
Dan saya kena gi bookfest esok dengan si dia.
To be continued.

No comments:
Post a Comment