Tuesday, 1 May 2012

az.. ha... mia- Sesuatu Yang Rare Untuk 13 Mei

Hahaha. Bila ada orang tanya apa yang saya nak untuk hari lahir saya kali ni (padahal dia sorang je yang tanya, orang lain takde)... I just said:

-Gambar saya dengan dia.
-Masakkan kuey tiow goreng untuk saya.

Enough, that's all. Dan sebenarnya, saya sedih. Hari lahir dia lambat, saya takut saya tak dapat bagi dia apa2 as a present. Dan, ya. Mungkin dia juga akan offkan phone sebab waktu tu dia dan saya sama2 belajar. Kerana itu saya katakan, masa makin pendek. Saya nak wish birthday dia, dan saya harap saya dapat. Kalau dia duduk matriks melaka, saya mati akal nak sampaikan hadiah saya pada dia tu macam mana. Sebab saya noob... Dulu dia duduk asrama masa form 1 kat SMSS dekat dengan taman tasik permaisuri pun, saya tak jenguk dia (walhal dekat je sebenarnya). Sebab? Saya tak tau sama ada saya boleh lawat dia atau tak. Saya fikir, mungkin parents dia yang boleh lawat dia. Dalam hati kuat nak melawat, tengok dia kat sana. Tanya pada kawan2, lagilah diorang tak tau macam mana proses nak melawat (diorang suka melawat TS). Dan masa tu saya tak pandai jalan sendiri guna LRT. (minta daddy dengan mama hantarkan ke sana, nanti kantoi, confirm kena marah waktu tu). Sekarang tak lagilah, just diorang harapkan saya dapat buat yang terbaik untuk diri saya sendiri.

Ya. Kalau kamu tanya pada saya, itu antara hajat saya yang tak tercapai. Banyak lagi yang saya terlepas dalam hidup ni. Patutnya dunia ni sesuatu yang indah, bermakna bagi seorang yang bergelar remaja. Tapi saya tak pandai gunakan. Lagipun waktu form 1, saya still main basikal lagi, tak berangan pun nak naik motor waktu tu. Naik LRT pun teramatlah jarang (takut sesat), haha! Apalah, budak form 1 mana tau banyak benda sangat, haha.

Sebab tu...

Hajat saya tahun ni, jadikan 13 Mei, hari lahir saya dengan dia. Dan jangan risau. 8 oktober saya akan wish birthday dia juga (by phone kalau dia tak offkan). Tapi.. Dia nak off. (don't disturb her azri, she's busy). Well, ya...

Blog ni dicipta, kira macam diari saya dan dia. Tertulis disini adalah tentang kami. Apa yang kami lalui, luahan kami terhadap kami sendiri atau perkara2 yang lain.

Kalau dia rindu saya, tapi phone still off. Sambil dia online fb kat cyber cafe (rasanya semua matriks ada lab computer/cyber cafe and free).. Dia boleh buka blog ni, kalau dia nak dan sudi. Sebab dia pun tuan punya blog ni juga. Saya cuba updated tentang saya sekerap yang mungkin, tengoklah keadaan macam mana.

Oklah.

Sesuatu yang rare yang saya mahukan, adalah kerana saya ni pelik, pada sesetengah orang yang normal. Saya minat benda ni:

Anonymous mask (suka topeng ni masa tengok cite V for Vendetta)

Gas mask. (best kalau buat main paintball, nampak macam real army, haha!)

Darth Vader's mask (Kalau tengok Star Wars ada watak tu pakai topeng ni)

Biker mask (terpengaruh bila tengok drummer band Hujan pakai benda ni dalam klip video Jiwa Kelajuan)

Biker mask also. (saya kan suka merempit secara berhemah, for sure)

Jap. Kenapa semuanya banyak tentang topeng, topeng dan mask?

Tengok watak bawah ni:

Hatake Kakashi (cikgu kepada Naruto dalam anime Naruto)

Bila tengok dia pakai mask, nampak bergaya. Smart, Sensei Kakashi.

Jubah:

Akatsuki cloak (enemy in anime Naruto)

Sebabnya, saya ada cita2 nak jadi jahat, huahuahua! Seriously..


Saya bukanlah penggila cosplay anime, sekadar nak pakai je baju2 macam ni. Hahaha, rare tak?

Yes, saya nak berpenampilan macam ni, one day.

No comments:

Post a Comment