Thursday, 3 May 2012

AZ.. HA... - FOTO?



Aku punyai lensa

Merakam kejadian sekeliling

Manusia, haiwan, tumbuhan

Malahan dunia

Apa saja yang dilakukan

Perlu ada batasan agama

Karena kamu tidak akan dapat nafi

Pedoman hidup puncanya agama

Sama juga dengan hal menangkap gambar

Tapi aku punyai ketegasan

Foto2 yang diambil

Boleh dimuat naik ke alam maya

BERSYARAT

Hanya aku benarkan foto yang aurat tertutup rapi

Agar ia tidak menyusahkan aku dan kamu kelak

Satu ketika di alam bernama AKHIRAT

Foto2 yang dimuat naik ke internet

Tiada jaminan ia senang dilupuskan

Seandainya kamu mahu membuang ia

Akan kekal dan kekal, terus kekal

Malahan tentu kamu menanggung dosa

Kerana foto2 sendiri

Terlihat seantero alam, detik saat minit yang tidak mati

Buat jejaka dan cewek2

Juga peringatan bagi aku

Ayuh dari saat kamu membaca ini

Lakukan reformasi

Yang sudah itu sudah, jangan diulang

Bukan soal hipokrit

Malahan tentang cara bagaimana kamu mampu

Menjadi penyelamat kepada diri

Foto yang terlihat sebahagian aurat

SILA BUANG

Atau, ya

Memang dalam memori lensaku

Ada gambar kalian yang menampakkan apa yang haram

Namun atas budi bicara, aku memberi pilihan

Kalau masih mahu gambar itu dimuat naik

Aku sudah memberi nasihat

Akan dosa yang berterusan

Terlepas aku dari tanggungjawab

Terpulang, aku turutkan saja

Selebihnya terserah pada kalian

Menjadi tontonan di FB2, Twitter, mana2 saja.

Wassallam.




2 comments:

  1. Azri..... em, bagi Mia gambar yang nampak haram tu delete je. tak payah bagi kat kitorang sume. tak yah tanya pun. bila Azri bagi gak, seolah2 Azri menggalakkan. kira cam dosa gak ah.sebab Azri yang tangkap.

    ReplyDelete
  2. haha. sebab tu bukannya senang bila pegang kamera. kadang2 orang (azri khususkan pada perempuan) nakkan gambar diorang yang ditangkap walaupun masing2 tau gambar tu tak menutup aurat. Bila Azri bagi bukan bermakna Azri menggalakkan. At least Azri dah bagi warning, dan nasihat tentang akibat yang berlaku nanti. Kalau dia tetap nakkan juga, Azri bagi. Sebab Azri dah offer nak delete, tapi dia menolak. Azri ada buku Ustaz Azhar Idrus tentang soal gambar2 ni. Dia kata, yang menangkap gambar bila dah berikan nasihat tapi ditolak, maka bukan lagi dosa tu terletak atas bahu jurugambar. Tapi dengan syarat, nasihatkan dulu.

    Sebab Ustaz Azhar Idrus pun fotografer juga.

    ReplyDelete